Data Tumbuhan

Herba Yang Sesuai Sebagai Tanaman Pagar/ Border Sempadan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Terima kasih mengunjungi blog ini. Diharap nota yang dikongsi ini bermanfaat untuk rujukan sendiri juga untuk yang lain.

Perkara yang perlu diperhatikan sebelum memilih tanaman untuk dijadikan tanaman landskap membentuk pagar atau aras sempadan:

  • Ciri pemandangan yang diinginkan :
    • struktur lembut - herba berdaun halus seperti false dill/seribu jarum (Artemisia spp.), bukan herba seperti Angelonia
    • struktur menegak - herba seperti teh afrika boleh meninggi utk redup diatas sahaja dan bahagian bawah ditanam dengan tanaman lain
    • struktur rambang asalkan padat  dari atas ke bawah: pecah kaca
    • padat dan berbunga : kemuning
    • struktur tidak padat dan berbunga : kenanga
    • struktur tidak padat dan tidak berbunga : belalai gajah/ sabah snake grass
    • struktur yang padat dan berduri untuk melindungi : Acanthopanax trifoliatus
  • Ciri tanaman yang boleh digunakan sebagai tanaman pagar:
    • tahan dicantas
    • mudah dijaga
    • pucuk baru tumbuh dengan cepat
    • tahan serangan penyakit
  • Ciri tumbuhan yang sesuai bergantung kepada :
    • penerimaan cahaya di kawasan penanaman
    • saliran air - boleh diubahsuai mengikut keperluan tanaman
    • jenis tanah 
    • pengguna kawasan - samada kawasan laluan sahaja atau jika tempat kanak-kanak bermain perlu elak herba berduri dan beracun/ bergetah.
Contoh herba yang boleh dijadikan tanaman pagar :
Tanaman membentuk pagar dan berbunga :
Tanaman membentuk pagar dan berbunga wangi (pagi- malam) :
  • Winter Star Jasmine (Jasminum multiflorum)
  • Kemuning (Murraya paniculata)
  • Telur belangkas (Aglaia odorata).
  • Ros rouletti
  • Yesterday-today-tomorrow
  • Melur
Herba sebagai tanaman pagar yang tidak tinggi/ bukan berkayu
Herba sebagai tanaman berpagar pada struktur bersokongan:
  • Bunga telang
  • Patawali
  • Tonkine Jasmine
  • Akar Dani

No comments: