Data Tumbuhan

Jeruju (Acanthus ilicifolius)

Jeruju Putih/ Sea Holly
(Acanthus ilicifolius)
ACANTHACEAE
  • Turut dikenali sebagai Daruju, Holly-leaved Mangrove, Sea Holly.
  • Berasal dari kawasan berpaya/ paya bakau.
  • Boleh hidup dengan baik di kawasan yang bersaliran kurang baik atau bertakung air dengan penerimaan matahari penuh. 
  • Memiliki daun yang agak keras dan tajam berduri. 
  • Tidak sesuai di kawasan rumah yang memiliki anak kecil. 
  • Terdapat beberapa jenis jeruju yang digunakan dalam perubatan iaitu:- 
    • Jeruju Putih (Acanthus ilicifolius)
    • Jeruju (Acanthus volubilis)
    • Jeruju Hitam (Acanthus ebracteatus)
ARTIKEL HERBA INI :

Sumber artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz43tRnuKbN © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 09/06/2002
Jeruju putih cegah rambut gugur
Oleh RAMLI ABDUL KARIM
"....Untuk mengelakkan kekeliruan pembaca, pokok jeruju putih ini berbeza dengan jeruju yang menggunakan nama saintifik Acanthus volubilis. Ia juga tidak sama dengan jeruju hitam atau nama saintifiknya Acanthus ebracteatus. Bagaimanapun, ketiga-tiga pokok jeruju ini seakan-akan sama dengan banyak persamaan sifat serta tergolong dalam keluarga tumbuhan yang sama. Pokok jeruju putih mengeluarkan bunga yang cantik berwarna keunguan. Bunganya terdapat bersama-sama lenggai yang mengandungi biji di dalamnya. Selepas lenggai berkenaan membesar, ia kemudian akan meletup dan bijinya boleh tercampak sehingga dua meter dari batang pokok. 

Di Indonesia, batang atau daun jeruju putih digunakan untuk mengeringkan padi yang disimpan di dalam guni. Di Malaysia pula, jeruju putih sering digunakan untuk mencegah gigitan ular berbisa iaitu dengan mengunyah daunnya. Selain itu, dalam perubatan tradisional, jeruju putih pula mempunyai banyak kegunaan dan khasiat. Ia boleh mengatasi masalah keguguran rambut, mengubati luka, bisul, membersih darah, merawat masalah alahan kulit serta batu karang. 

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap berkata, bagi masalah rambut gugur, daun jeruju putih direbus atau ditumbuk halus terlebih dahulu. Kemudian, jelas beliau, air rebusan itu dilumurkan pada kepala sehingga membasahi seluruh rambut sambil diurut. ``Manakala jika ditumbuk halus, ia perlu dipupuk di atas kepala dan membiarkannya kira-kira 10 minit sebelum dibersihkan. ``Amalkan kaedah ini selalu sehingga terdapat tanda-tanda perubahan positif terhadap rambut,'' ujar Tajuddin. 

Selain itu, beliau menambah, bagi merawat batu karang, masyarakat Thailand selalunya merebus keseluruhan pokok jeruju putih. ``Pesakit kemudian meminum setengah gelas air rebusan sehingga tanda-tanda sakit batu karang hilang,'' jelasnya. 

Manakala bagi sakit bisul dan luka, Tajuddin memberitahu, bijinya ditumbuk lumat sebelum dilekatkan di sekeliling mata bisul dan luka. Ia untuk mempercepatkan bisul masak atau matang dan jika diulangi membantu memecahkan bisul dengan sendirinya menerusi tekanan ketegangan kulit.

Menurut Tajuddin, ekstrak atau pati rebusan kulit kayu pokok jeruju putih boleh disapukan pada kulit untuk mencegah alahan. Katanya, meminum air rebusan daun yang telah diracik dan dikeringkan boleh membersihkan darah. Selain itu, tambah beliau, rebusan akarnya pula membantu mengeluarkan kahak dan mengubati batuk. ... "


No comments: