Data Tumbuhan

Kemangi Hijau ( Ocimum citriodorum)

Kemangi Hijau/ Lemon Basil
(Ocimum x citriodorum)
LAMIACEAE
  • Juga dikenali sebagai Lemon Basil, Lime Basil, Lao Basil, Kemangin.
  • Daunnya memiliki rasa dan bau seperti lemon dan sedikit berangin.
  • Permukaan daun hijau berkilat, berbulu halus dengan hujung daun yang runcing dan tajam.
  • Menghasilkan bunga berwarna putih.
  • Dikatakan hasil dari pertembungan pendebungaan antara baka selasih (O. basilicum) dan Limehairy/ Hoary Basil (O. americanum).
  • Tanaman ini pertama kali diperkenalkan di U. S. dari Thailand pada tahun 1940.
  • Memerlukan tanah lembap dengan sinaran matahari yang mencukupi.
  • Daunnya banyak digunakan dalam hidangan hampir seluruh Asia terutama Indonesia, Thailand dan Laos kerana rasa lemon.
  • Di Malaysia, ia digunakan dalam masak lemak putih, kari, sebagai ulam segar dan memberi perasa dalam minuman teh atau minuman berais.

No comments: