Data Tumbuhan

Cemperai (Champereia manillana)

Cemperai/ False Olive
(Champereia manillana)
OPILIACEAE
Sinonim : C. griffithii

  • Turut dikenali sebagai Ciprih, Cimpri, Sayor Garing, Poko Kucing-kucing, Belkan, False Olive, Phak Wan, Garima, Liyong-liyong (Tagalog), Panalayapen (Ilocano) , 
  • Tumbuhan jenis batang berkayu ini perlu dicantas selalu sekiranya mahu diambil pucuknya atau ia akan meninggi seperti pokok hutan yang lain.
  • Merupakan sumber makanan masyarakat zaman dahulu.
  • Pucuk muda dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak. Begitu juga dengan buahnya.
Resipi Ulam Cemperai :
  • Dimasak manis bersama ikan bilis atau keledek manis seperti sayur bening orang Jawa.
  • Dimasak lemak bersama cendawan sisir dan udang kering.
  • Dimakan ulam mentah/ celur bersama nasi panas, sambal kelapa dan sebagainya.
Artikel Akhbar:


Kenali ulam: Cemperai mampu ubati ulser, sakit sendi


Sumber : Berita Harian
CEMPERAI adalah sayuran tradisional yang amat digemari. Pucuk dan daun mudanya boleh dimasak lemak, masak manis atau dimasak mengikut resipi tradisional.
Selain sebagai sayuran, cemperai juga dikatakan baik untuk mengubati ulser dan sakit sendi tulang. Akar dan daunnya ditumbuk serta dibuat poltis untuk mengurangkan ulser. Air rebusan akarnya pula dapat mengubati sakit sendi tulang.
Sayuran berkhasiat tinggi ini semakin hari semakin dilupakan. Kebanyakan generasi muda tidak lagi mengenali tanaman ini.
Pokok cemperai adalah jenis pokok renek dan pokok bersaiz kecil setinggi empat meter. Daunnya ovat, bujur atau lanseolat berukuran 4 – 20 sentimeter (sm) panjang dan 2 – 10 sm lebar.
Infloresennya panikel dengan bunga yang berwarna kehijauan. Buahnya drup, elipsoid, 1 – 1.5 sm panjang dan 0.5 – 1 sm lebar, berwarna kuning limau dan kemerahan apabila masak.
Pucuk cemperai mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan pucuk cemperai mengandungi: air 72.0 g, protein 7.0 g, lemak 0.4 g, karbohidrat 14.0 g, serat 4.7 g, kalsium 120 miligram (mg), fosforus 72 mg, ferum 1.9 mg, natrium 8 mg, kalium 557 mg, karotena 2260 ug, Vitamin A 377 ug, vitamin B 1 0.1 mg, vitamin B 2 0.42 mg, niasi 0.7 mg, vitamin C 63.8 mg.
Pokok cemperai jarang ditanam dan kebanyakan tumbuh liar di hutan. Di kampung pokok ini ditanam di sekitar rumah untuk keperluan dapur.
Pokok ini mudah dibiakkan dengan menyemai bijinya atau dengan keratan batang. Biji daripada buah yang cukup masak disemai dalam kotak semaian yang diisi dengan pasir yang bersih.
Anak pokok yang baik percambahannya dipindahkan ke dalam karung plastik yang diisi dengan tanah hutan dan kemudian diletakkan di bawah pokok atau di tempat redup. Apabila anak pokok ini mencapai ketinggian satu meter atau lebih, barulah ditanam ke tanah.
Pokok ini boleh juga dibiakkan dengan keratan batang. Batang atau ranting berukuran 1 – 1.5 meter di tanam terus ke tanah. Batangnya juga boleh dibuat turus pagar untuk terus hidup.
Pokok ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi memerlukan tanah agak subur dan mendapat sedikit lindungan cahaya matahari.
FAKTA: Cemperai
Setiap 100 g pucuk cemperai mengandungi

  • air 72.0 g,
  • protein 7.0 g,
  • lemak 0.4 g,
  • karbohidrat 14.0 g,
  • serat 4.7 g,
  • kalsium 120 mg,
  • fosforus 72 mg,
  • ferum 1.9 mg,
  • natrium 8 mg,
  • kalium 557 mg,
  • karotena 2260 ug,
  • Vitamin A 377 ug,
  • vitamin B 1 0.1 mg,
  • vitamin B 2 0.42 mg,
  • niasi 0.7 mg,
  • vitamin C 63.8 mg


  • Bacaan Tambahan :
    • http://www.globinmed.com/index.php?option=com_content&view=article&id=100962:champereia-manillana-blume-merrill&catid=8&Itemid=113
    • http://www.asianplant.net/Opiliaceae/Champereia_manillana.htm
    • http://resepinannie.blogspot.my/2011/09/masak-lemak-pucuk-cemperai.html
    • Dikenali sebagai sebahagian dari sayuran keluarga diraja seperti mana kacang pistachio yang dianggap makanan kerabar diraja Timur Tengah. Terdapat buku mengenai cemperai yang ditulis oleh Ungku Mohd Zaman Ungku Mohd Tahir dan novel ' Batu Belah Batu Bertangkup' karya Pendita Za'aba. - http://idristalu.blogspot.my/2010/01/cemperai-champeria-griffithii.html

    No comments: