Data Tumbuhan

Limau Kaya (Triphasia trifolia)

Limau Kikir / Limau Kingkip/ Lime Berry
(Triphasia trifolia)
RUTACEAE
Syn : Limonia trifolia, Limonia trifoliata, Limonia diacantha.
  • Juga dikenali dengan nama Limau Kiah, Limau Kingkip, Limau Kelinkit, Limau Kaya, Manao Tet (Thailand), Limeberry, Lemon China, Lime Chinese Berry, Kaliyage (Sunda), Orangine.
  • Pokok limau jenis renek dan berduri.
  • Buah yang masak berwarna merah boleh dimakan mentah, digunakan dalam masakan atau dijadikan jeruk.
  • Ditanam sebagai tanaman hiasan dan sesuai dijadikan bonsai kerana sifat fizikal dan ketahanannya.
  • Jones (1985) melaporkan bahawa daun T. trifolia boleh digunakan untuk mengubati masalah perut, sakit jantung dan sesak nafas. 
  • Daun T. trifolia juga telah digunakan oleh orang asli dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit yang berpunca daripada bakteria seperti cirit-birit, kolik dan penyakit kulit, serta digunakan sebagai bahan kosmetik (Burkill, 1966). 
  • Infusi daripada daunnya juga digunakan untuk merawat penyakit parasitik di Perancis (Dondon et al., 2006). 
  • Di Indonesia, tumbuhan ini digunakan untuk mandian aromatik dalam perubatan tradisional serta boleh menyembuhkan masalah pernafasan dan kesakitan pada abdomen dan perut (Perry, 1980). 
  • Buahnya boleh direbus dan dibuat sirap untuk diminum sebagai ubat pengeluar kahak (Perry, 1980). 
  • Buahnya juga boleh dijadikan jem. Di Eropah, buah masak T. trifolia direndam di dalam wain untuk menambah perasanya (Burkill, 1966). 
  • Batang T. trifolia pula digunakan sebagai pemegang parang, pagar dan objek-objek kecil serta dijadikan sebagai arang (Burkill, 1966).
Rujukan Herba:

  • http://eprints.usm.my/9188/1/PENCIRIAN_SEBATIAN_BIOAKTIF_DARIPADA_Triphasia_trifolia_(Burm._f.)_P._Wilson_(LIMAU_KAYA)_SEBAGAI_BAHAN_ANTIBAKTERIA_DAN_BAHAN_PENYINGKIR_RADIKAL_BEBAS.pdf


No comments: