Data Tumbuhan

Lempoyang Hitam (Zingiber ottensii)

Lempoyang Hitam
(Zingiber ottensii)
ZINGIBERACEAE

  • Juga dikenali sebagai lempoyang gajah, lempuyang kapur, lempuyang paek, lempoyang kebo, pinecone ginger, shampoo ginger, Awapuhi kuahiwi (Hawaii).
  • Merupakan tumbuhan semak, semusim.
  • Akar serabut, warna kuning keputih-putihan.
  • Dibiakkan melalui rizom yang berwarna kuning keunguan.
  • Memerlukan tempat yang mendapat cahaya matahari penuh atau sedikit terlindung.
  • Mudah dijaga seperti tanaman liar lain.
  • Sesuai dijadikan tanaman landskap kerana ton warna fizikal tanaman.
  • Bunga berwarna kuning dengan bintik-bintik merah.
  • Rizomnya telah lama digunakan secara tradisional digunakan untuk merawat sakit perut, kembung perut, kurang selera makan, diarea, penyakit kulit.
  • Bunganya digunakan untuk membuat syampu rambut.
  • Bersifat anti-inflamasi dan melancarkan perjalanan darah.
  • Lempoyang putih dan lempoyang hitam memiliki ciri yang hamir serupa dengan perbezaan pada warna rizom, tangkai bunga dan bunga.
Rujukan Herba:

No comments: