Data Tumbuhan

Bunga Telang Biru (Clitoria ternatea)

Bunga Telang Biru/ Blue Pea
(Clitoria ternatea)
PAPILIONACEAE (FABACEAE)
  • Juga dikenali sebagai Butterfly Pea, Cordofan Pea, Sangupushpam, Aparajita.
  • Tanaman jenis menjalar yang menarik sebagai tanaman hias dan boleh digunakan dalam masakan.
  • Mudah dibiakkan menggunakan biji benih.
  • Bunganya digunakan sebagai pewarna biru dalam makanan dan minuman.
  • Antara hidangan tradisi yang menggunakan bunga telang sebagai pewarna :
    • Di Kelantan - Nasi kerabu
    • Nyonya Peranakan - Kuih ketan atau pulut tai tai
    • Di Thailand - Air berwarna biru (Nam dok anchan)
  • Sebagai ahli keluarga legum, ia juga ditanam untuk memperbaiki tanah.
  • Bunga telang juga digunakan dalam penghasilan ramuan perubatan tradisi.
Resepi :
  • Cara mewarnakan nasi kerabu
    • Beras dibasuh dan ditoskan. Masukkan air rendaman 10 kuntum/ secukupnya bunga telang (gunakan air panas untuk rendaman), daun pandan dan daun limau purut di dalam beras yang akan dimasak. Kemudian masak seperti biasa. 
Rujukan Tambahan : 
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Clitoria_ternatea
  • http://www.ayurvedicnaturalhomeremedies.com/medicinal-benefits-of-clitoria-ternatea/


No comments: