Data Tumbuhan

Remayung Merah (Basella rubra)

Remayung Merah
(Basella rubra)
BASELLACEAE

  • Juga dikenali sebagai Red Malabar Spinach, Alugbati, Malabar Nightshade.
  • Ditanam sebagai sayuran dan juga sebagai tanaman hias kerana warnanya yang menarik.
  • Menghasilkan bunga berwarna putih keunguan dengan buah berwarna ungu gelap.
  • Hidup menjalar dan memerlukan sokongan untuk memanjat kerana ia tidak memiliki sulur.
  • Memerlukan tanah lembab yang bersaliran baik dengan penerimaan cahaya sederhana untuk mengelakkan daunnya melecur.
  • Boleh dibiakkan melalui keratan batang dan semaian biji benih.
Rujukan Tambahan:
  • http://stuartxchange.com/Alugbati.html

  • http://www.missouribotanicalgarden.org/PlantFinder/PlantFinderDetails.aspx?kempercode=f219

  • No comments: