Data Tumbuhan

Cara Guna Tembaga Suasa (Crinum latifolium)

hipperastrum spp flower 


Cantikkan? Alhamdulillah.. :D 

Ini merupakan kali pertama ia berbunga sejak diperoleh setahun lepas. Selain berfungsi sebagai ubat, boleh ditanam sebagai tanaman hias kerana bunganya yang menarik. Daun tembaga suasa sebelum ini digunakan untuk merawat kaki ayah yang terseliuh dan terpatah. Atas nasihat tukang urut di kawasan kampung, kami mencari daun tembaga suasa. Ahli keluarga terdekat yang mengalami sakit lutut dan sakit pinggang juga dicadangkan menggunakannya. Memang berkesan. Alhamdulillah. Cara menggunakannya?

Mudah sahaja. Layurkan daun diatas api seperti melayur daun pisang. Tujuannya untuk melembutkan daun. Kemudian, sapu minyak kelapa dipermukaan atas daun.. Balut di tempat sakit. Bawa tidur semalaman. Pertama kali akan ada 'healing crisis'.. Rasa sakit macam ada orang yang mengurut bahagian sakit tersebut. Terutama jika masalah tersebut telah lama dialami. Apapun, rasa itu suatu yang subjektif. Ada orang, tak rasa apa-apa. Yang penting baik untuk dia. 

Sebelum ni, kami pun tertanya-tanya bunga tembaga suasa yang diberikan ini warna apa. Sebab ada macam-macam versi tumbuhan hampir serupa yang dikatakan sebagai tembaga suasa. Ada bunga ungu, bunga putih, bunga oren, merah. Kesahihan dan keberkesanannya tidak kami ketahui. Jenis yang ini dicadangkan oleh seseorang yang kami kenal. 

Terima kasih kepada insan yang dimaksudkan :) 

 Anda ada pohon tembaga suasa di rumah? Kalau jenis yang berbeza, bolehlah buat pertukaran bebawangnya ^_^ y

No comments: