Data Tumbuhan

Terung Pipit (Solanum torvum)

Terung Pipit/ Turkey Berry
(Solanum torvum)
SOLANACEAE
  • Turut dikenali dengan nama Terung Rembang, Terung Manggul, Turkey Berry, Devil's Fig, Prickly Nightshade, Shoo-shoo Bush, Wild Eggplant, Pea Eggplant, Pea Aubergine, Susumba, Boo, Terongan, Takokak, Makhua Phuang (Thailand).
  • Tumbuhan ini hidup liar dan sering dianggap sebagai rumpai. 
  • Buahnya bulat, berwarna hijau ketika muda ada dijual di pasar tani kawasan perkampungan.
  • Buah terung pipit dimasak sebagai sayuran dan boleh juga diambil mentah sebagai ulam.  
  • Mempunyai nilai perubatan yang tinggi walaupun tidak kelihatan menarik untuk digunakan sebagai tanaman hias seperti ahli keluarganya terung ungu, cili dan tomato.
  • Batang dan daunnya mempunyai duri.
  • Bunganya berwarna putih, kuning.
  • Bahagian akar (rootstock) terung jenis ini digunakan untuk cantuman (graft) tanaman terung komersial kerana ketahanan daripada serangan penyakit.
  • Dikatakan mempunyai potensi sebagai tanaman untuk membersihkan tanah yang mengandungi logam berat seperti senduduk. Kaedah ini dinamakan fitopemulihan (phytoremediation). Tumbuhan yang digunakan bagi tujuan ini tidak boleh digunakan sebagai makanan dan penghasilan ubat. 
Rujukan :
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Solanum_torvum
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Terung_Pipit
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Phytoremediation
  • http://www.unep.or.jp/ietc/publications/freshwater/fms2/1.asp 
  • http://www.mobot.org/jwcross/phytoremediation/


No comments: