Data Tumbuhan

Sunset Bells (Chrysothemis pulchella)

Sunset Bells/ Black Flamingo/ Copper Leaf
(Chrysothemis pulchella)
GESNERIACEAE
  • Turut dikenali dengan nama Black Flemingo, Black Flamingo, Copper Leaf, Chrysothemis. 
  • Tanaman hias untuk hiasan laman serta dalam bangunan yang mudah dijaga.
  • Mudah dibiakkan melalui keratan batang atau pecahan umbisi.
  • Sukakan kelembapan dan cahaya matahari namun daun akan melecur jika menerima sinaran secara langsung.
  • Sesuai di tanam di kawasan teduh yang menerima sinaran matahari.
  • Jika keadaan tidak sesuai (terlalu sejuk atau terlalu panas), daun-daunnya akan layu dan mereput. Umbisinya akan menjadi dorman dan daunnya akan tumbuh semula apabila keadaan sesuai.
  • Memerlukan tanah yang lembab dan bersaliran baik.
  • Tanah yang menakung air akan menyebabkan ubinya reput.

Bacaan Tambahan :
  • http://www.jaycjayc.com/chrysothemis-pulchella/
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Chrysothemis_pulchella
  • http://jamesmissier.blogspot.com/2009/04/begonia-yellow.html


No comments: