Data Tumbuhan

Lokio (Allium chinense)

Lokio/ Rakkyo 
(Allium chinense)
ALLIACEAE


  • Tumbuhan ini turut dikenali dengan nama Rakkyo (Jepun), Bawang Cina, Bawang Jepun, Oriental Onion, Chinese Onion, Japanese Onion, Chinese Scallion atau Cu Kieu (Vietnam).
  • Merupakan bebawang liar yang selamat untuk dimakan.
  • Tidak menghasilkan biji benih dan dibiakkan dengan pecahan induk bebawang.
  • Menghasilkan bunga berwarna ungu yang menarik.
  • Daunnya berbentuk silinder bulat dan mempunyai rongga di tengah-tengah seperti daun bawang merah.
  • Bebawangnya berwarna putih dengan rasa yang hampir sama dengan bawang putih.
  • Keseluruhan tumbuhan digunakan dalam masakan seperti sup atau dijadikan sayur.
  • Bebawangnya dijadikan jeruk dan boleh diperoleh sebagai makanan dalam tin di negara tertentu.
  • Berfungsi sebagai perisa, pembuka selera makan dan penyeimbang ramuan rempah dalam masakan.
  • Dalam perubatan tradisional, ia digunakan sebagai tonik untuk merawat masalah usus dan masalah angin.
Rujukan Maklumat :
  • http://zh.wikipedia.org/wiki/%E8%96%A4
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Allium_chinense
  • http://www.hort.purdue.edu/newcrop/crops/Rakkyo.html
  • http://www.eat-japan.com/index.php?option=com_glossary&task=showterms&Itemid=47&catid=48

No comments: