Data Tumbuhan

Keladi Murai (Tacca chantrieri)

Keladi Murai / Black Bat's Flower
(Tacca chantrieri)
DIOSCOREACEAE

  • Turut dikenali dengan nama Belimbing Tanah, Fish Whisker, Sebiak, Janggut Bawo, Janggut Adam, Cat's Whisker, Black Bat's Flower.
  • Hidup dengan baik di kawasan lembab dan teduh serta tanah yang tidak menakung air.
  • Sinaran matahari terik secara terus akan mengakibatkan daunnya melecur.
  • Ketinggian mencapai lebih kurang 1m.
  • Tumbuhan ini dan beberapa lagi spesies yang sama ditanam sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang menarik dan unik.
  • Buahnya berbentuk seperti belimbing besi dengan bunga berwarna ungu kehitaman.
  • Ubinya digunakan secara tradisional sebagai ubat pupuk untuk merawat kulit yang terkena ulat bulu.
  • Daunnya pula dilumat untuk merawat masalah kulit.
  • Terdapat beberapa rekod penggunaan tumbuhan ini secara tradisi oleh pakar berpengalaman untuk merawat kencing manis (diabetes), memecahkan batu karang, melancarkan haid, serta sebagai tonik tenaga batin.
  • Spesies Tacca yang lain:
    • popular sebagai tanaman hias seperti Tacca integrifolia - memiliki bunga berwarna putih ungu dan bersaiz lebih besar.
    • diambil sebagai makanan seperti Tacca leontopetaloides.
Anak pokok keladi murai.
Ubi kelai murai.
Rujukan Tambahan :
  • http://southeastgarden.com/tacca.html
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Tacca_chantrieri
  • http://www.rarexoticseeds.com/en/tacca-integrifolia-seeds-purple-bat-flower-seeds-cat-s-wiskers-seeds.html - nota kaedah semai benih tacca.

3 comments:

apa nama said...

Bagaimana cara utk pesanan ini?

apa nama said...

Apa bezanya di antara Tacca chantrieri ini denganTacca integrifolia?

Seri Subuh Agrofarm said...

Cara untuk pesan boleh periksa di laman serisubuh.com atau hubungi kami dengan sms ke 016-9662747.

Perbezaan Tacca chantrieri dan Tacca integrifolia ada dinyatakan diatas. Mungkin terlepas pandang ketika membacanya :)