Data Tumbuhan

Pokok Gout/ Fogfruit (Phyla nodiflora)

Sawtooth Fogfruit / Turkey Tangle
(Phyla nodiflora)
VERBENACEAE
Sinonim : Phyla nodiflora var. reptans (Kunth) Moldenke, Phyla nodiflora var. rosea (D. Don) Moldenke, Lippia nodiflora, Lippia canescens

  • Juga dikenali sebagai Rumput Gout, Frog Fruit, Sawtooth Fogfruit, Turkey Tangle, Matchweed.
  • Tumbuh melekap ke tanah dan menjalar liar seperti rumput.
  • Hidup dengan baik di kawasan lembap yang tidak menakung air.
  • Bunganya yang menarik membuatkan ia dijadikan tanaman hiasan laman.
  • Tidak tahan di tanam di kawasan yang kerap digunakan sebagai laluan.
  • Digunakan dalam perubatan Hindi dengan nama Bukkan, Marathi : Ratolia, Vakkan, Tamil : podutalai, Sanskrit : Vasir, Vasuka.
  • Di Malaysia, ia diperkatakan mampu merawat gout namun kesahihannya masih diragui.
  • Spesies tumbuhan yang serupa dengan tumbuhan ini iaitu Phyla dulcis diambil sebagai makanan oleh masyarakat Aztek/ Aztec.
Rujukan Herba:
  • http://mba2u.blogspot.com/2009/05/pokok-gout.html
  • https://en.wikipedia.org/wiki/Phyla_nodiflora
Maklumat mengenai Phyla dulcis
  • Dikenali sebagai Aztec Sweet Herb, Bushy Lippia, Honeyherb, Hierba Dulce, and Tzopelic-xihuitl (Nahuatl).
  • Putik bunga/buah spesies P. dulcis ini dijual sebagai pemanis semulajadi dan ubatan herba.
  • Boleh dicari di pasaran luar dengan nama 'Dushi buttons', 'Dulce buttons' atau 'Sweet Button'. 
  • Rasa manis pada tumbuhan ini berpunca dari sebatian seskuiterpen yang dinamakan sebagai hernandulcin oleh Francisco Hern├índez pada tahun 1985.    
  • Selanjutnya boleh dibaca di https://en.wikipedia.org/wiki/Phyla_dulcis

No comments: