Data Tumbuhan

Paku Tunjuk Langit (Helminthostachys zeylanica)

Paku Tunjuk Langit
(Helminthostachys zeylanica)
OPHIOGLOSSACEAE

Gurmar (Gymnema sylvestre)

PERHATIAN!! KAMI TIDAK MEMILIKI TUMBUHAN INI. 


(sumber gambar: Wikipedia)
Australian Cowplant/ Miracle Plant
(Gymnema sylvestre)
ASCLEPIADACEAE

Pokok Nilam, Benih Nilam, Ladang Nilam, Minyak Nilam dan Segalanya Nilam...

Oke.. Kali ni kami cuma nak cerita tentang nilam, nilam, nilam dan nilam... Kenapa Nilam? Ada apa dengan Nilam? Nilam tu apa sebenarnya ya? Istimewa sangatkah nilam ni? =)
Ladang nilam di Malaysia.
(Sumber gambar: Google Image)

Pernah dengar lagu Awie? "Ku pinjam sinarmu... oh.. Nur Nilam Sari... " Itu nama orang di dalam lagu. Yang ingin kami cerita kali ini mengenai tumbuhan yang dikenali dengan nama nilam atau bahasa Inggerisnya "Patchouli". Kalau kamu rajin ikut perkembangan dunia perniagaan tani. Terdapat ura-ura penanaman nilam secara ladang kontrak / "contract farming nilam" bagi pengeluaran minyak wangi (perfume) di Malaysia semenjak 2008. Namun pengeluaran nilam Malaysia sedia ada yang dapat dikenal pasti hanya dari Pagoh, Johor. Kalau orang nama nilam, Awie pinjam sinarnya... Kalau dari pokok nilam? Oh daun nilam.... pinjam kan daku harum mu.. hehehe.

Maklumat di entri ini merupakan sedikit sebanyak yang kami dapat selepas buat beberapa bacaan. Jika ada kesilapan harap diberi teguran ya. Kongsi sama-sama. Kalau nak sampaikan atau ambil gambarnya pun boleh. Cuma jangan curi link dengan menggunakan link gambar kami. Download gambar dan upload semula di blog anda. Jangan ubah sesuka hati yang boleh memburukkan nama kami sudah. Keluar bahasa Melaka nanti.. hehehe... Oke, oke. berhenti main-main. Selamat membaca. Semoga info yang kami beri berguna untuk semua. =)
 
Nilam merupakan tumbuhan semak yang mempunyai banyak cabang dengan batang separa berkayu diselaputi bulu halus. Daunnya lebar, berwarna hijau tua keunguan, berbentuk bujur dan bergerigi serta mengeluarkan aroma yang menyenangkan (berbau wangi) apabila diramas. Pada asalnya tumbuhan yang hidup meliar di hutan ini dikenali oleh penduduk setempat dengan nama "Doun Tilam Utan" / "Tilam Wangi". Ia diletakkan di bawah tilam atau bantal dengan kepercayaan bahawa ia akan memanjangkan umur dan menyihatkan tubuh.

Nama Nilam pula dikatakan diperoleh daripada singkatan nama perusahaan Belanda pada zaman kolonial dulu yang melakukan proses penyulingan dan eksport komoditi ini secara besar-besaran. Nama perusahaan tersebut adalah Nedherland Indische Landbouw Mascapaij (NILAM).  

Nilam menjadi pilihan untuk dikomersialkan semula di Malaysia bagi pengeluaran minyak pati (patchouli essential oil) dalam industri wangian kerana sifatnya yang berupaya mengikat minyak pati lain (fixatives) penting dalam pembuatan minyak wangi. Antara bahan kimia yang terdapat dalam minyak pati nilam termasuklah benzaldehyde, cardinene, cinnamic aldehyde, eugenol dan ‘patchouli alcohol’. Minyak nilam digunakan dalam membuat produk seperti sabun, bahan pencuci, syampu, antiseptik dan ubat antiserangga. Pada konsentrasi yang rendah, ia juga digunakan sebagai bahan perisa dalam produk minuman dan makanan.

Nilam sebenarnya telah dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800. Penanaman nilam bagi pekebun kecil Malaysia mulai berkurangan dengan kemasukan tanaman getah yang lebih menguntungkan pada awal tahun 1900. Nilam masih ditanam secara komersial di Indonesia (Acheh), China dan Brazil. Secara tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mencuci pakaian, mewangikan kain batik dan mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam. 

Terdapat beberapa spesies nilam yang ditemui dan antara yang popular diperkatakan adalah seperti berikut: -
  • Pogostemon cablin Benth.
Merupakan spesies nilam yang menjadi pilihan bagi penghasilan minyak pati nilam secara komersial berdasarkan hasil penelitian di Balitro (Balai Penelitian Tanaman Rempah dan Obat-obatan) di Bogor kerana kandungan minyak yang tinggi. Asalnya dikatakan daripada Kepulauan Filipina dan berkembang ke Malaysia, Madagaskar, Paraguay, Brazil dan Indonesia. Lebih dikenali sebagai "Nilam Acheh" kerana ditanam secara komersial di Acheh.
Gambar dan Rujukan: 

Nilam Acheh terbahagi kepada beberapa subspesies dan dari hasil penelitian terdapat tiga varieti utama Nilam Acheh. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri dan dinamakan dengan nama daerah dimana jenis varieti tersebut tumbuh dan berkembang.

1. Varieti Tapak Tuan.

Mempunyai hasil tuaian daun berproduktiviti tinggi, sesuai untuk ditanam secara komersial.

2. Varieti Lhokseumawe.

Kadar minyak yang dihasilkan adalah tinggi dan kadar "Patchouli Alcohol' > 33% ( mencapai standard untuk kualiti eksport). Sesuai untuk dikembangkan bagi perniagaan tani.

3. Varietas Sidikalang.
Daun berwarna hijau gelap keunguan. Dikelaskan dalam kualiti sederhana baik dari segi produktiviti daun mahupun penghasilan minyak. Namun ia mempunyai ketahanan yang baik terhadap serangan hama dan nematode penggangu tanaman Nilam. Bagi keselamatan pengembangbiakkan, variasi jenis ini menjadi pilihan utama. 
  • Pogostemon hortensis.
 Dikenali sebagai "Nilam Sabun" kerana minyaknya boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Banyak terdapat di daerah Banten, Jawa Barat. Menyerupai nilam jawa tetapi tidak berbunga.
  • Pogotemon heyneanus. 
Dikatakan berasal daripada India tetapi dikenali sebagai "Nilam Jawa" atau "Nilam Hutan" kerana banyak tumbuh di hutan Pulau Jawa. Satu-satunya jenis nilam yang dikenal pasti mengeluarkan bunga. Ditanam di daerah Surabaya untuk bunganya yang akan dijual dalam kuantiti besar dengan harga yang mahal bagi tujuan perubatan.

  • Pogostemon intermedius.
 Dikatakan berasal dari Pulau Pinang.
  • Pogostemon parviflorus.
 Dikatakan berasal dari Sylhet, Assam, dan Saharunpur.
  •  Pogostemon benghalensis.
Dikenali sebagai "Nilam Kembang" atau Bengal Pogostemon.
 Rujukan gambar: http://www.flowersofindia.net/catalog/slides/Bengal%20Pogostemon.html

Oke... Setakat ini dahulu mengenai nilam.. Semoga mendapat manfaat.. Sebarang soalan dan pembetulan boleh letak diruang komen... =) Penerangan yang lain adalah berdasarkan permintaan.. Terima kasih.. Assalamualaikum..

Pegaga (Centella asiatica)

Pegaga/ Pennywort/ Gotu Kola
(Centella asiatica)
UMBELLIFERAE

Maklumat Tumbuhan:
  • Tumbuhan herba yang merayap dan melekap pada tanah dengan daun berbentuk roset.
  • Mudah dibiakkan dengan pecahan akar dan biji benih.
  • Jenis asiatica lebih dikenali kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
  • Merupakan sebahagian daripada tanaman penting dalam ilmu perubatan purba seperti Ayurveda.
  • Digunakan sebagai tonik, rawatan saraf dan masalah keputihan, menajamkan minda, melancarkan perjalanan darah serta membuang toksik berlebihan di dalam darah.
  • Pelbagai produk kosmetik berasaskan pegaga juga boleh didapati di pasaran pada masa ini.
  • Pengambilan berlebihan sebagai ubat dalaman menimbulkan rasa mual serta menurunkan tekanan darah.
  • Terdapat pelbagai jenis pegaga yang dijadikan ulam seperti:-

Pegaga Bulat/ Marshpennywort (Hydrocotyle sp.)
- lebih kasar dan besar.
- biasanya dijadikan jus.
- hidup dengan subur di kawasan lembap.
- tahan lasak.

Pegaga Besar (Merremia emarginata)
- daun nipis dan tangkai lebih panjang.

Link Rujukan:

Ular Cinta Mani (Davallia denticulata)

Ular Cinta Mani / Rabbit's Foot Fern
(Davallia denticulata)
DAVALLIACEAE

Angelon Pink (Angelonia salicariaefolia 'Rose Pink')

Angelon Pink
(Angelonia salicariaefolia 'Rose Pink')
SCROPHULARIACEAE
  • Tumbuhan hiasan jenis merimbun yang berbunga sepanjang tahun. 
  • Bunganya berwarna pink keunguan dan mengeluarkan bau wangi terutama petang hari.
  • Hidup subur di kawasan bersaliran baik yang mendapat cahaya matahari penuh.