Data Tumbuhan

Selom (Oenanthe javanica)


  • Turut dikenali dengan nama Pelampung, Piopo, Water Celery, Seri, Silom, Water Parsley,  Shui Qin .
  • Gambar tumbuhan : http://serisubuh.blogspot.com/2012/09/selom-oenanthe-javanica.html
  • Diambil sebagai ulam seperti pegaga dan ulam raja atau dicicah bersama cencaluk, budu dll.
  • Hidup dengan baik di kawasan lembap dan berair.
  • Daunnya berbau harum dan rangup bila dimakan.
  • Mengeluarkan jambakan bunga bersaiz kecil, berwarna putih pada bahagian pucuk batang.
  • Batang selom beruas dan berongga.
  • Tumbuh tegak dari batang yang merayap secara mendatar.
  • Selom dikatakan baik untuk membersihkan kandungan toksik di dalam darah.
  • Secara tradisional, daun dan batang selom dihancurkan dan dipupuk pada kawasan kulit luaran yang terkena bisul, digigit kuda, ular, kala jengking dan mengurangkan rasa sakit akibat pembengkakan.
  • Terdapat beberapa spesies seakan selom yang tidak selamat untuk dimakan. 
  • Spesies yang mengandungi toksik dikatakan mempunyai daun berwarna merah. 
  • No comments: