Data Tumbuhan

Avokado (Persia americana)

(Sumber gambar: Google Image)
Avokado/ Alpukat
(Persia americana)
LAURACEAE


Siapa suka avokado? Pernah makan buah avokado segar? Wah.. Bagusnya kamu.. Mungkin ada yang kurang minat dengan buah ini seperti Nurul sendiri... hehe.. But it is good if you love this fruit. =)

Avokado sering mengingatkan kita pada iklan penjagaan diri. Bukan setakat jualan buah segar. Ada masker avokado, syampu, minyak avokado dan macam-macam lagi produk berasaskan avokado. Semasa kursus herba pertama, Nurul ingatkan apa bendalah penceramah tu sebut bagus makan alpukat, alpukat. Ada peserta tanya. Rupa-rupanya alpukat tu avokado dalam bahasa Indonesia. Owh..hoho.. So, keep it well in your mind.. Avokado = alpukat. Nama berbeza, perkaranya tetap sama.

Nama saintifik avokado ialah Persia americana Mill atau Persea gratissisima Gaertn. Keluarga buah ni ialah LAURACEAE. Secara amnya, sangat dikenali dengan nama Avokado, avokado pear, abukado (Filipina), alpukat (Indonesia). Anak pokok avokado juga sudah boleh didapati di Malaysia. Cuma Nurul sendiri belum pernah lihat yang sudah besar di hadapan mata. Sebahagian gambar yang Nurul jumpa di Google Image adalah seperti berikut:

Buah dan daun avokado mengandungi saponin alkaloid dan flavanoid. Buahnya juga mengandungi tanin manakala daun sahaja mengandungi polifenol, quersetin dan gula alkohol persiit. Nurul pun tidak tahu apa benda fungsi bahan kimia ini semua. Jadi, jangan tanya Nurul mengenainya ya. Kalau cara tanam mungkin boleh (apapun, bukan untuk avokado sebab Nurul belum pernah menguruskannya.. huhu~).

Dalam ilmu perubatan Cina dan perubatan tradisional lain, avokado dikatakan memiliki daun yang bersifat pahit, kelat dan diuretik manakala bijinya bersifat anti-radang dan analgesik. Hasil kajian dan penyelidikan menunjukkan daun buah ini bersifat anti-bakteria. Ia menghapuskan pertumbuhan beberapa spesies bakteria speperti Staphlococus sp. , Pseudomonas sp., Escherichea sp. dan Basillicus sp.

Khasiat perubatan diperoleh dengan penggunaan isi buah, daun dan biji avokado. Kalau dilihat di pasaran, memang buah ini sudah dikomersialkan secara meluas dan dipatenkan sebagai ubat. Antara penyakit yang dirawat dengan buah ini termasuklah batu karang, darah tinggi, sakit kepala, kulit muka kering (jadikan masker), sakit gigi berlubang, kencing manis, bengkak pada mana-mana bahagian badan kerana sakit, sakit saraf dan sakit perut, salur nafas membengkak dan menstruasi yang tidak teratur. Wanita hamil adalah dilarang untuk mengambil buah ini.

Berdasarkan pembacaan, pokok ini boleh dibiakkan dengan biji benih seperti durian, rambutan, mangga. Tapi kalau nak cepat berbuah, boleh juga guna teknik tut seperti marcot, grafting dan budding. Oke.. Itu sahaja tentang avokado dari Nurul. Mohon maaf di atas sebarang kekurangan dalam penyampaian Nurul di mana-mana artikel.

Rujukan Herba:
JaDikAn HaRi EsOk LeBiH Baik dari HaRi InI

KeLuaRgA HaDiaH TerBaiK DaLam HiDup KiTa..
SayaNgi MereKA SelAgi AdA... =)

No comments: