Data Tumbuhan

Apa Itu Tanaman Herba?

Bila sebut tanaman herba mesti akan terbayang gambaran tumbuhan liar yang diambil untuk dijadikan ubat. Dari sehalus-halus rumput, sehingga ke sebesar-besar pokok. Tidak kira bagaimana pun saiz atau rupa tumbuhan. Sebagai seorang umat Islam dan juga mereka yang yakin alam ini ada penciptanya, kita semua pasti percaya bahawa setiap yang dijadikan oleh Pencipta Seluruh Semesta Alam ini pasti ada kebaikannya.

Untuk entri kali ni, Nurul hendak kongsi tentang apa itu tanaman herba. Kalau ada yang tersilap, harap ada orang yang rajin mahu betulkan. Terima kasih =)

Oke. Mari mula... Mengikut definisi botani, tumbuhan herba merupakan tumbuhan yang tidak menghasilkan batang kayu seperti pokok besar tetapi mampu hidup lama untuk menghasilkan bunga dan benih.

Ini bermakna herba boleh jadi terdiri daripada tumbuhan semak (shrubs), tumbuhan separa semak (subshrubs), tumbuhan berbatang lembut (herbaceous perennial), tumbuhan penutup bumi (groundcovers) dan tumbuhan menjalar atau memanjat (vines).
Kalau dalam bahasa Inggeris, tree memang pokok tapi ada kategori pokok yang boleh dipanggil "tree" atau ada yang dikategorikan sebagai "shrub". Bezanya biasa pada ketinggian. Sebagai "tree" tinggi lebih 5 meter dan batang jenis berkayu manakala "shrub" bawah 5 meter dan cabangnya rimbun.
Secara amnya, semua tanaman yang digelar tanaman herba boleh digunakan untuk perubatan. Tapi untuk lebih khusus, tanaman herba dikelaskan kepada 5 jenis. Yang ni kiter ingat sebagai "FOMCA". Mahu tahu kenapa? Cuba lihat senarai kelas jenis herba ni.. Sebab Nurul belajar dahulu dalam bahasa Inggeris... Maka, lima jenis kategori herba mengikut kegunaan adalah:-
  • Freshly eaten herbs (Herba yang boleh dimakan segar- buat ulam/ makan mentah jadi kambing...huhu)
  • Ornamental herbs (Herba yang mempunyai daya tarikan sebagai tanaman hiasan)
  • Medicinal herbs (Herba yang digunakan khusus untuk perubatan)
  • Culinary herbs (Herba yang digunakan dalam masakan)
  • Aromatic herbs (Herba yang mempunyai bau wangi atau aroma yang menyenangkan)
Jenis-jenis herba dinamakan mengikut fungsi-fungsi tanaman. Boleh jadi satu tumbuhan mempunyai semua fungsi namun ia akan diletakkan dalam kategori fungsi yang paling popular ia digunakan.

Nurul tahu ada yang tidak berapa faham membezakan tumbuhan-tumbuhan ini. Semua pun hijau. Tapi cuba lihat betul-betul. Hijaunya pun banyak ton warna. Maha Suci Tuhan yang Maha Agung. Lihat pula struktur bentuknya. Yang melingkar, menegak, melekap dan pelbagai lagi.

Bak kata seseorang pada Nurul, Tuhan mampu menyembunyikan pelbagai perkara untuk para kekasih-Nya selongkar walaupun hanya dengan satu perkara. Dari satu, terungkai berjuta rahsia. Malah ia berkait rapat dan saling perlu memerlukan untuk melengkapi antara satu sama lain. Disusun penuh kehalusan, indah, rapi, dan sungguh sempurna hingga kadang pening mengapa aturannya sedemikian. Sedih sekali bila ada yang saling berbalah dan mempertikai sesama sendiri. Bak kisah empat orang buta meraba seekor gajah. Salah kita bila terluka, kecewa kerana alam ini bukan sekadar yang tersurat. Kerana itu satu ilmu itu bagai hanya setitis kecil sahaja dari air di lautan. Dan takkan pernah mampu untuk kita gapai dengan seumur hidup kita. Yang penting, jangan percaya tapi yakin. Dia tidak pernah salah. Hanya kefahaman kita sebagai makhluk yang terbatas. Sandingkan ilmu kita bersama. Pasti jumpa satu perkara. Segala puji dan puja hanya untuk-Nya. ^__^y Alamak, sudah jadi tazkirah pula. Mohon ampun dan maaf atas kekurangan dalam penyampaian.

Pendek kata, anggap sahaja semua tumbuhan-tumbuhan yang ada depan mata atau yang selalu kita pijak tu bernilai tinggi.. Kalau tak sebagai herba pun, ia tetap ada fungsi tersendiri. Begitu juga makhluk-makhluk yang lain.  =D

Kalau nak tengok tumbuhan yang tersenarai mengikut jenisnya, boleh lawat serisubuh.com. Nak beli anak pokok herba pun boleh klik situ.

JaDikAn HaRi EsOk LeBiH Baik dari HaRi InI

KeLuaRgA HaDiaH TerBaiK DaLam HiDup KiTa..
SayaNgi MereKA SelAgi AdA...

No comments: