Data Tumbuhan

Ular Cinta Mani (Davallia denticulata)

Ular Cinta Mani / Rabbit's Foot Fern
(Davallia denticulata)
DAVALLIACEAE

  • Turut dikenali dengan nama Sakat Laipang, Paku Tertutup, Petagar Pirai Kecil, Rabbit's Foot Fern.
  • Tahan lasak dan mampu bertahan pada musim panas.
  • Hidup dengan baik di kawasan separa teduh.
  • Memiliki daun yang menarik dengan akar rizom yang berbulu.
  • Struktur pertumbuhan yang menarik dan mudah dijaga merupakan sebahagian dari faktor ia menjadi pilihan menghiasi laman dan pelbagai hasil seni.
  • Mempunyai rekod digunakan sebagai tumbuhan perubatan tradisional di beberapa tempat.
  • Akar direbus dalam dos tertentu untuk dijadikan tonik.
  • Keseluruhan tumbuhan digunakan dalam penghasilan kosmetik. 



2 comments:

herba & tumbuhan said...

Assalamalaikum. Mintak izin menceduk Ilmu dari sumur tuan rumah.
Soalan: Apa beza ular cinta mani dengan kayu atau pokok ular cinta mani?

Seri Subuh Agrofarm said...

W'salam tuan,

Terima kasih berkunjung ke blog kami. Tuan rumah juga masih belajar. Mohon tunjuk ajar dari tuan yang bertanya kiranya ada tersilap di mana2.

Perbezaannya dengan tumbuhan yang tuan maksudkan tidak kami ketahui.

Mungkin namanya sahaja sama. Mungkin juga memang tumbuhan yang sama. Ular cinta mani yang dinyatakan di sini merupakan sejenis paku pakis.

Jika dirujuk di laman http://senirahsiaalam.blogspot.com/2010/02/kayu-cintamani.html, kelihatannya ia sama.

Wallahualam.