Data Tumbuhan

Paku Tunjuk Langit (Helminthostachys zeylanica)

Paku Tunjuk Langit
(Helminthostachys zeylanica)
OPHIOGLOSSACEAE


  • Turut dikenali dengan nama Akar Tunjuk Langit, Tunjuk Langit, Kamraj, Tukod Langit (Filipina) dan Di Wu Gong (China).
  • Tumbuhan herba jenis paku pakis yang menghasilkan rizom berisi di dalam tanah.
  • Mempunyai taburan semula jadi yang luas di Asia.
  • Pembiakannya boleh dilakukan dengan memisahkan tunas rizom daripada pokok induk atau menggunakan spora.
  • Hidup dengan subur di kawasan tanah pamah yang lembap dan separa teduh.
  • Paku tunjuk langit tidak tumbuh dalam hutan primer yang tebal.  
  • Secara tradisional, rizom paku ini telah lama digunakan dalam perubatan masyarakat di China.
  • Di Malaysia, daun dikeringkan dan diasap untuk merawat hidung berdarah.
  • Pucuknya pula diambil sebagai ulam.   
Rujukan :


No comments: