Data Tumbuhan

Gurmar (Gymnema sylvestre)

PERHATIAN!! KAMI TIDAK MEMILIKI TUMBUHAN INI. 


(sumber gambar: Wikipedia)
Australian Cowplant/ Miracle Plant
(Gymnema sylvestre)
ASCLEPIADACEAE


Kami mengesan terdapat carian mengenai 'Gymnema sylvestre' di blog ini. Oleh kerana kami juga baru pertama kali mengetahui mengenainya, pencarian di Google pun dimulakan. :) 

Nota ringkas mengenai tumbuhan ini :-
  • Jenis memanjat berbunga kecil dan berkayu yang mempunyai nilai perubatan tinggi.
  • Dikenali dengan nama Gurmar, Australian Cowplant, Gymnema, Cowplant, Australian Cowplant, Gurmari, Gurmarbooti (Sanskrit), Periploca of the Woods (English), Waldshlinge (Jerman) dan Meshasringa.
  • Tumbuhan asal dari India tengah dan selatan.
  • Daunnya berasa manis apabila dikunyah menyebabkan ia juga turut dikenali sebagai 'Miracle Plant' seperti pokok Buah Ajaib (Synsepalum dulcificum).
  • Kimia aktif di dalam tumbuhan ini adalah asid gimnemik (gymnemic acid).
  • Pada awalnya, masyarakat tempatan di India menggunakannya secara tradisional untuk merawat masalah mata dan tekak, sembelit, edema dan sebagai tonik tenaga.
  • Kegunaanya sebagai ubat diabetes dikesan pada pertengahan abad ke-19.
  • Bersifat toksik jika diambil dalam dos berlebihan dan tidak sesuai untuk wanita yang sedang hamil dan sedang menyusukan anak.
  • Terdapat pelbagai produk kesihatan berasaskan tumbuhan ini yang boleh didapati di pasaran antarabangsa.
Bacaan selanjutnya boleh dilakukan di:-

1 comment:

johndaddy said...

This plant was called Meshashringi or "ram's horn"
Gymnema Sylvestre Products