Data Tumbuhan

Temu Emas (Curcuma spp.)

Temu Emas
(Curcuma spp.)
ZINGIBERACEAE

  • Tumbuhan herba jenis rizom yang kelihatan hampir serupa dengan temu hitam dan temulawak dari pandangan luaran dengan saiz daun yang lebih kecil dan rendah.
  • Rizom kelihatan seakan kunyit makan dan temulawak.
  • Rizom bersaiz lebih kecil dan mempunyai bau yang lebih wangi dari temulawak.
  • Ketinggian tumbuhan ini sama dengan kunyit makan namun dapat dibezakan dengan kehadiran alur merah di permukaan daun.
  • Digunakan dalam penghasilan tonik dan juga jamu memanaskan badan selepas bersalin bersama dengan herba lain.
  • Hidup dengan subur di tanah bersaliran baik.  

No comments: