Data Tumbuhan

Geranium (Pelargonium graveolens)


  • Juga dikenali sebagai pokok halau nyamuk (Mosquito plant), daun jari lima, Rose-scented Geranium, Rose Geranium.
  • Keseluruhan tumbuhan berbulu halus dan mengeluarkan bau yang hampir dengan ros dan sedikit berangin apabila disentuh.  
  • Gambar tumbuhan : http://serisubuh.blogspot.com/2012/11/geranium-pelargonium-graveolens.html
  • Spesies tertentu ditanam dalam skala besar bagi tujuan penghasilan minyak pati (essential oil). 
  • Merupakan tumbuhan luar yang diperkenalkan di Malaysia.
  • Ia berasal dari Selatan Afrika (South Africa).
  • Boleh didapati di kawasan seperti Madagascar, Reunion, Egypt dan Morocco.
  • Tidak memerlukan air yang banyak, namun tidak tahan kepada sinaran matahari terik.
  • Hidup dengan baik di bawah teduhan.
  • Mudah dibiakkan melalui keratan batang seperti spesies geranium yang lain.
  • Di tempat asalnya, ia menghasilkan bunga berwarna merah jambu keputihan.
  • Pada awalnya, ia ditanam dengan tujuan melindungi semangat bayi dari gangguan makhluk halus seperti pokok geroda, jerangau dan bonglai. 
  • Minyak pati dari tumbuhan ini boleh didapati di pasaran dengan nama Rose geranium oil.
  • Penggunaannya dikatakan memberi kesan penyeimbangan kepada sistem saraf, meredakan tekanan dan rasa gemuruh.
  • Terdapat sumber mengatakan daunnya dikisar bersama beras dan dipupuk pada permukaan kulit yang mengalami masalah gatal-gatal.
Rujukan :