Data Tumbuhan

Bunga Butang (Gomphrena globosa)

Bunga Butang / Globe Amaranth
(Gomphrena globosa)
AMARANTHACEAE
  • Turut dikenali sebagai Bunga Kenop (Indonesia), Globe Amaranth, Bachelor Button, Pearly Everlasting (Inggeris) dan  Qian Ri Hong (Cina).
  • Berasal dari Amerika Tropika dan kini tersebar ke negara subtropika dan tropika.
  • Tumbuhan jenis semusim dengan ketinggian 0.6 meter atau lebih.
  • Batang tumbuh tegak, berwarna hijau kemerahan, mempunyai banyak cabang, seluruh permukaan berbulu. 
  • Daun tunggal susunan bersetentangan dengan tangkai pendek dan berbulu putih di kedua-dua permukaan daun.
  • Bunga bersaiz kecil, berwarna putih, ada juga yang berwarna ungu terang, merah jambu sewaktu kecil. 
  • Bijinya bersaiz kecil, diselaputi struktur seakan kapas berwarna putih. 
  • Bunga dan daunnya (tanpa akar) telah lama digunakan dalam perubatan herba tradisional.
  •  Juga sangat cantik ditanam sebagai hiasan.
Bacaan Rujukan:
  • Perubatan: http://www.shaman-australis.com/forum/index.php?showtopic=9647
  • Pengetahuan: http://en.wikipedia.org/wiki/Gomphrena_globosa
  • Penjagaan : http://www.plantoftheweek.org/week493.shtml

No comments: