Data Tumbuhan

Som Jawa (Talinum triangulare)


Som Jawa
(Talinum triangulare)
PORTULACACEAE
  • Sinonim: Talinum paniculatum, Portulaca paniculata.
  • Juga dikenali dengan nama Akar Som, Kolesom, Ginseng Jawa, Ulam Ginseng, Daun Ginseng, Gelang Porslen, Krokot Belanda, Panicled Fameflower atau Jewels of Opar.
  • Berbatang lembut tidak berkayu dengan bunga 5 kelopak berwarna ungu muda.
  • Daun dan batang mengandungi lendir.
  • Menghasilkan buah bersaiz kecil dengan biji benih berwarna hitam apabila matang.
  • Akar yang sudah tua membentuk umbisi seakan ginseng.
  • Hidup dengan subur di kawasan separa teduh dan tanah bersaliran baik.
  • Seluruh tumbuhan digunakan dalam bentuk segar dan kering secara tradisional mengikut fungsinya untuk merawat lemah tenaga batin, bisul, bengkak, kurang selera makan, paru-paru lemah, keputihan, haid tidak teratur dan masalah susu ibu terlalu sedikit.
  • Bersifat neutral dan berasa manis, sedikit pedas.
  • Turut diamalkan secara tradisi oleh penduduk tempatan sebagai ulam bersama nasi untuk awet muda atau digoreng terlebih dahulu.
  • Penggunaan herba ini sebagai ubat dalaman harus mendapat  nasihat daripada pakar herba bagi mengelakkan keracunan.
Rujukan Herba: