Data Tumbuhan

Mayang Sari (Cestrum nocturnum)


Mayang Sari
(Cestrum nocturnum)
SOLANACEAE

  • Turut dikenali dengan nama Sedap Malam, Sri Pekan, Sundal Malam, Santalia, Night Blooming Cestrum, Lady of the Night, Night Blooming Jasmine, ye lai xiang (China), Galan de Noche (Spanish) , Bunga Dayang (Sunda) dan Raat ki Rani (India).
  • Merupakan tumbuhan berkayu yang membentuk rimbunan sekiranya sering dicantas dengan ketinggian 4m.
  • Mempunyai bunga dalam bentuk jambak berwarna putih kehijauan atau kekuningan dengan lima kelopak.
  • Bunganya mengeluarkan bau harum yang sangat kuat pada waktu malam.
  • Buah mayang sari adalah beracun, berbentuk beri kecil, berwarna hijau ketika muda dan menjadi putih apabila matang.
  • Ia tahan kepada cahaya matahari dan hidup subur di tanah bersaliran baik.
  • Selain sebagai tumbuhan hiasan, bunga mayang sari turut digunakan dalam penghasilan minyak wangi, bedak nyonya atau bedak kulit rambai.
  • Bedak campuran bunga ini juga dijadikan mandian bagi menghaluskan kulit, menghilangkan parut kecil pada kulit, serta mencegah jeragat pada kulit.
Rujukan Herba:

2 comments:

apa nama said...

Sorry ..but santalia is not the same as sundal malam.

Seri Subuh Agrofarm said...

Its ok :) There's a lot of plant sharing a same local name. Identify through scientific name for better explanation.