Data Tumbuhan

Gelenggang Besar (Cassia alata)

Gelenggang Besar / Candle Bush
(Cassia alata)
FABACEAE 
  • Merupakan tumbuhan semak dan liar dengan ketinggian 3-4m. 
  • Mudah ditemui di kawasan lembap dan berpaya
  • Mempunyai jangka hayat yang pendek. 
  • Gelenggang besar dikenali melalui bunganya yang berwarna kuning terang dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum kembang. 
  • Tekstur daunnya kasar dan tertutup bila malam. 
  • Buahnya seperti kekacang, berwarna hijau waktu muda dan coklat kehitaman bila tua. 
  • Turut dikenali sebagai Daun Kurap, Daun Kupang, Ketepeng Cina / Ketepeng Badak (Indonesia), Candle Bush (English), Ringworm Bush (Australia) Acapulco, Wild Senna.


Berdasarkan kajian, tumbuhan ini terutama bahagian daun dan batangnya mempunyai sifat antibakteria, antifungal, antimikrob, diuretik, pencahar/ julap (laxative), analgesik dan koleretik (choleretic). Tumbuhan ini masih dalam kajian klinikal bagi memaksimumkan penggunaan ekstraknya secara efektif. Daun gelenggang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional khususnya bagi merawat kulit bermasalah seperti kudis, kurap, kayap, panau dan jangkitan kulat. Ia juga digunakan bagi merawat masalah sembelit, disengat serangga berbisa (tetapi tidak mampu menjadi penawar bisa kala jengking dan ular), sebagai ubat cacing serta beberapa penyakit lain. Penggunaannya bagi rawatan dalaman perlu diawasi oleh pengamal perubatan dan tidak sesuai untuk golongan tertentu. 

Kajian mengenai Gelenggang Besar :
Oke... Sekarang cerita hal kerja kami... Mula-mula cari daun gelenggang,.. Berapa kali entah ulang alik... Kesian juga tengok...

Yang di rumah pula? Menyelesaikan daun gelenggang... Daun diasingkan dari pelepah.. kalau nak campur pelepah pun boleh tapi kualiti kurang la.. Masa ni juga kena buang daun yang rosak, sampah-sarap... Kami menjaga kualiti.. Bukan kuantiti yang penting... 

Mama tekun menyelesaikan daun...

Lepas leraikan daun dari pelepah, jemur kejap di tengah panas atas meja dan buang kotoran-kotoran yang dapat kitorang lihat.. Kemudian bawa ke Melaka sebab kami sewa mesin pengering di  sana memandangkan Negeri Sembilan kami tak kenal siapa yang ada mesin pengering herba dan menerima tempahan untuk tumpang keringkan daun... =) Rumah pengering kami kapasiti kecil dan tak dapat nak keringkan dengan cepat.. ambil masa dalam seminggu dua.. apalagi sekarang hujan setiap petang di sini. Tu yang kena guna mesin.. Mudah-mudahan kami dapat memiliki mesin pengering suatu hari nanti.. Amin...

Alhamdulillah.. semalam (3 April 2010) da hantar. ke lokasinya. Tapi tak cukup pulak.. Kuantiti target 100 kg daun gelenggang kering.. Disebabkan kami tak pernah buat.. Ingatkan daun basah dah mencukupi untuk cecah 100 kg kering.. Sekali dapat... ngee~ 34 kg jer.. Nasib baik diterima sebab kualiti terbaik.. Alhamdulillah... Nisbah basah: kering untuk daun gelenggang 3 kg jadi 1 kg,.. Kira oke la tu,... Biasa pegaga 5 kg jadi 1 kg.. Lagi ringan... Pengalaman.. pengalaman.. Alhamdulillah.. =)

1 comment:

aji ibanez said...

As salam, boleh wasap sy x pokok gelenggang atau cassia alata masa tuan amik di hutan tu....sbb sy masih mncari pokok senna utk dibuat pembersih usus....sy masih nk kenal pasti samada pokok senna, gelenggang dan cassia adakah pokok yg sama atau bukan...sy mcm pnh jumpa pokok ni di tepi paya, cuma xpasti ia sama dgn yg tuan guna sperti gmbar di atas...sy perlukn gambar utk tujuan pengecaman....wasap sy 0177600421