Data Tumbuhan

Pokok Mulberi (Morus rubra)

Mulberi/ Mulberry
(Morus rubra L.)
MORACEAE
  • Juga dikenali dengan nama kertau, murbei, Mulberry, kerto, kitau, may mon/ dau tam (Vietnam), Sangye (China).
  • Merupakan sejenis pokok dan boleh mencapai ketinggian sehingga 9m.
  • Mempunyai batang jenis berkayu, bulat.
  • Daun berwarna hijau, tunggal, bergerigi di tepi dengan hujung yang runcing.
  • Bunganya berwarna putih, majmuk dalam bentuk tandan dan mempunyai kelopak segitiga.
  • Buah berwarna hijau ketika muda dan berubah menjadi merah kehitaman apabila semakin masak.
  • Menghasilkan biji benih yang kecil berwarna hitam.
  • Mudah dijaga seperti tanaman lain dengan penyiraman dan pembajaan seperti pokok biasa dan tempat yang mendapat cahaya matahari.
  • Dibiakkan melalui keratan batang dan biji benih.
  • Terdapat tiga jenis mulberi yang popular iaitu Mulberi Hitam/ Black Mulberry (Morus nigra), Mulberi Putih/ White Mulberry (Morus alba) dan Mulberi Merah/ Red Mulberry (Morus rubra) yang boleh dibezakan melalui morfologi daun, bunga dan buah yang dihasilkan.
  • Daun mulberi terutama jenis putih digunakan sebagai makanan ulat sutera dalam industri pembuatan sutera dan ternakan seperti lembu, kambing.
  • Buah mulberi digunakan dalam penghasilan jem dan boleh dimakan segar atau dikeringkan.
  • Dari segi perubatan; mulberi bersifat diuretik, antidemam dan anti hipertensi.
  • Ia digunakan dalam dos tertentu sebagai peluruh kencing, merawat demam, malaria, batuk, sakit kepala dan menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Variasi Mulberi jenis putih yang kurang menghasilkan buah telah dihasilkan di US untuk kegunaan industri pembuatan sutera dan kini popular sebagai tanaman landskap. Ia dikenali sebagai Morus alba 'Pendula'.
Rujukan Herba:

No comments: