Data Tumbuhan

Setawar (Kalanchoe pinnata)


Setawar/ Sosor Bebek
(Kalancheo pinnata L.)
CRASSULACEAE
  • Juga dikenali sebagai Sosor bebek, Air Plant, Life Plant, Miracle plant, Goethe Plant, Daun sejuk, Cocok bebek, Ceker itik, Daun ancar bebek, Tombu daun, Kayu temon, Mamala, Kabi-kabi dan Katakataka ( Filipina).
  • Merupakan tumbuhan semak, semusim.
  • Boleh mencapai ketinggian 30 - 100cm.
  • Mempunyai batang segiempat,separa kayu, beruas, tegak dan berwarna hijau.
  • Daun tunggal berwarna hijau, tebal, bertangkai pendek dengan hujung daun yang tumpul dan tepi daun bergerigi.
  • Bunganya berwarna merah keunguan, majmuk.
  • Buah ungu, bernoda putih dan mempunyai biji putih yang kecil.
  • Hidup dengan baik dibawah sinaran matahari dan tanah yang lembap.
  • Seluruh tanaman di dalam bentuk segar atau kering boleh digunakan untuk perubatan.
  • Mempunyai sifat anti radang, menghentikan pendarahan, mengurangkan pembengkakan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Dalam perubatan herba, setawar digunakan untuk merawat masalah gastrik, diarea, muntah darah, sakit sendi (Rheumatik), buasir, demam, bisul, melecur, sakit telinga dan ulser mulut.
  • Popular sebagai kajian sains bagi kanak-kanak sekolah rendah dengan meletakkan daun di dalam buku.
Rujukan Herba:

No comments: