Data Tumbuhan

Lemuju (Plectranthus amboinicus)



Daun Jinten/ Lemuju
(Coleus aromaticus Benth)
LABIATEAE
  • Juga dikenali dengan nama Daun jinten, Bangun-bangun, Daun Hati-hati, Oregano Malaysia, Indian Borage, Cuban Oregano, Tramun, Acerang, Mahja, Nereng dan Iwak.
  • Nama saintifik lain : Coleus amboinicus atau Plectranthus amboinicus.
  • Mempunyai batang bulat separa berkayu, beruas dan mudah patah.
  • Ruas yang menempel di tanah akan tumbuh akar.
  • Batang yang masih muda berwarna hijau muda dan berbulu.
  • Daun tunggal yang tebal, bentuk bujur telur, tepi bergigi dan permukaannya berbulu.
  • Daun dan batangnya yang patah, dihancurkan atau diramas akan mengeluarkan cecair berwarna coklat kehitaman.
  • Mempunyai rasa yang kuat, berbau harum dan membuat rasa pedar di lidah serta sedikit masam.
  • Seluruh tanaman boleh digunakan untuk perubatan.
  • Tumbuhan ini digunakan sebagai herba atau rawatan alternatif bagi merawat asma, batuk, demam, sariawan, sakit kepala, reumatik, perut kembung dan perangsang syahwat mengikut dos yang tertentu.
  • Hidup dengan baik di tempat teduh atau separa teduh dengan tanah yang tidak menakung air.
  • Sekiranya di tempat panas, daun akan mengecil dan jarang-jarang.

No comments: