Data Tumbuhan

Pudina (Mentha rotundifolia)



Pudina
(Mentha rotundifolia)
LAMIACEAE
  • Herba penutup bumi ini turut dikenali dengan nama Applemint, Apple Mint, Bowle's Mint, Pineapple Mint.
  • Mempunyai tekstur daun yang berkedut dan berbentuk bujur bergerigi, bulat dihujung.
  • Kedua-dua belah permukaan daun mempunyai bulu yang halus.
  • Terdapat lebih 600 variasi pudina di seluruh dunia dan hanya beberapa jenis dikomersialkan berdasarkan bau dan fungsinya.
  • Mudah membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya.
  • Pudina jenis ini mengeluarkan aroma yang kuat dan berangin apabila daunnya diramas atau bahagian tumbuhan dipotong.
  • Digunakan dalam masakan masyarakat Asia dan barat sebagai ulaman untuk laksa dan asam pedas, bahan pewangi untuk nasi beriani dan turut digunakan sebagai rempah dalam pelbagai jenis masakan terutama masakan masyarakat India.
  • Mula ditanam secara komersial di Malaysia kerana permintaan yang tinggi terutama dalam industri makanan (gula-gula getah, teh) dan barang penjagaan diri seperti ubat gigi.
  • Dalam ilmu perubatan Cina, ia disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk.
  • Biasanya digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema, batuk.
  • Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan, masalah ruam kulit dan diminum sebagai teh untuk melegakan tekanan.
Rujukan Herba:

1 comment:

theBluesman said...

i love this Pudina aroma esp when i can just drop a few such leaves in my cup of hot tea before drinking it. Such tea drinking is very popular in the the middle east countries. I had a first taste of the flavour when i was in Medina & Mecca many years back.