Data Tumbuhan

Kesum (Polygonum hydropiper)

Kesum
(Polygonum minus)
POLYGONACEAE

  • Turut dikenali dengan nama Daun Senahun, Rumput Tubuh, Tuba Seluang, Water-pepper.
  • Kini dikenali sebagai Persicaria hydropiper (L.) Spach. selepas penamaan semula tumbuhan dari keluarga Polygonaceae.
  • Hidup dengan baik di kawasan yang lembab, terbiar dan becak.
  • Biasanya tumbuh bersama dengan Persicaria minor Huds. (Small water-Pepper) yang mempunyai daun lebih kecil, rendah, berbatang lembut.
  • Persicaria hydropiper juga boleh dibezakan berdasarkan bau dan rasanya yang lebih tajam berbanding Persicaria minor.
  • Mempunyai bunga berwarna putih kehijauan sehingga merah jambu.
  • Mudah dibiakkan dengan keratan batang.
  • Boleh ditanam dalam keadaan naungan atau cahaya matahari penuh asalkan diberi bekalan air yang mencukupi.
  • Daun muda dan batang digunakan sebagai perisa makanan seperti kari ikan, laksa, asam pedas dan pelbagai lauk lain.
  • Sebagai herba, daun kesum berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar, membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan, merangsang haid.
  • Ia digunakan untuk merawat reumatisme, gout, radang sendi dan batu karang. Namun pengambilan terlalu kerap adalah dilarang kerana kandungan asid oksalik di dalamnya turut menghalang pemyerapan mineral lain ke dalam tubuh.
  • Jus perahan daun kesum digunakan untuk merawat masalah kelemumur dan menghitamkan rambut, ubat pupuk di tempat berkudis dan sakit bagi manusia dan haiwan ternakan.
  • Ia juga merupakan sebahagian daripada ramuan campuran untuk wanita lepas bersalin.
  • Biji kesum jenis 'Water-pepper' digunakan dalam pembuatan wasabi.
  • Kesum mengandungi minyak pati (essential oil) dan berpotensi dikomersialkan sebagai pewangi untuk industri kosmetik dan penjagaan diri (toiletries).
  • Kesum telah mula digunakan sebagai lapisan pembalut kapsul di pasaran atau dikenali sebagai 'ulam protective coating' (Biotropics).
Rujukan Herba:

No comments: