Data Tumbuhan

Indian Mallow (Abutilon)


Abuliton/ Indian Mallow
(Abutilon theoprhasti)
MALVACEAE
  • Merupakan tumbuhan herba daripada India yang dikenali dengan nama Indian Mallow, Indian Abutilon, Velvet Leaf, Butter Print, Chinese Jute, Anoda, Atibalaa (Sanskrit), Duwena kayalu (Telugu).
  • Nama saintifik lainnya ialah Sida indica atau Abutilon indicum.
  • Mempunyai daun berbentuk hati, berbulu halus dan lembut seperti baldu.
  • Karakter penting dalam pengenalan spesies abuliton ini ialah bunganya yang berwarna kuning dan menghasilkan buah serta biji benih berwarna coklat gelap.
  • Mudah dibiakkan melalui biji benih.
  • Hidup dengan baik di tanah tinggal dan terbiar.
  • Dianggap sebagai tumbuhan liar yang merosakkan tanaman kontan kerana ia menyerap banyak mineral dan tumbuh tidak terkawal di sesetengah tempat.
  • Bersifat diuretik, analgesik, afrosidiak, anti-inflamasi dan mengurangkan rasa sakit.
  • Bahagian daun digunakan dalam bentuk kering untuk merawat masalah sistem penghadaman, paru-paru, gastrik, masalah usus, radang pundi kencing dan radang buah pinggang.
  • Biji benihnya juga boleh dimakan untuk merawat buasir namun mengakibatkan keracunan sekiranya dalam dos yang besar.
  • Gadis-gadis India pada zaman dahulu digalakkan mengambil satu sudu makan serbuk herba ini dengan satu sudu madu, satu kali dalam satu hari, selama 6 bulan sampai hari pernikahan untuk memudah dan mempercepatkan kehamilan.
Rujukan Herba:

No comments: