Data Tumbuhan

Daun Wungu/ Puding (Grapthophyllum hortense)


Puding/ Daun Wungu
(Grapthophyllum hortense Nees.)
ACANTHACEAE
  • Tanaman herba yang sesuai dijadikan tanaman pagaran dalam landskap taman.
  • Turut dikenali dengan nama daun puding hitam, puding merah, pudin, puding perada, handeleum (Sunda), demung (Jawa), daun puteri, temen (Bali).
  • Hidup dengan baik di kawasan bersaliran baik dan mendapat sinaran matahari penuh atau sederhana.
  • Mempunyai banyak cabang terutama setelah dicantas dengan batang yang tidak berbulu.
  • Kulit batang serta daunnya berlendir dan mengeluarkan bau yang kurang enak.
  • Daun berbentuk bujur telur dengan hujung yang runcing, tunggal bertangkai pendek dengan letak bersilang.
  • Mempunyai bunga majmuk yang menarik berwarna merah keungguan.
  • Menghasilkan buah berbentuk lonjong, berwarna ungu kecoklatan dan biji yang berwarna putih.
  • Mudah dibiakkan dengan keratan batang dan biji benih.
  • Kulit pada batang, bunga dan daunnya digunakan dalam perubatan.
  • Tumbuhan ini bersifat diuretik, mempercepatkan pemasakan bisul, pencahar ringan dengan jalan menghalang penyerapan air di dalam lumen usu (mild laxative), pelembut kulit (emolien).
  • Bunganya menjadi peluruh haid dan tidak sesuai untuk wanita hamil.
  • Antara penyakit yang dirawat dengan menggunakan tumbuhan ini ialah buasir, bisul, bengkak terpukul, melancarkan haid, sembelit dan juga sakit telinga.
  • Di Negeri Sembilan, pucuk daun puding jenis ini sangat popular digunakan dalam masakan rendang ayam.
Resipi Rendang Daun Puding:
Rujukan Herba:

1 comment:

Rantong said...

Nice blog. Informative & impressive content.
______________________
View Profile: Rantong™