Data Tumbuhan

Keremak Merah (Alternanthera sessilis)

Keremak Merah
(Alternanthera sessilis)
AMARANTHACEAE

  • Juga dikenali sebagai Daun tolod, Sessile joyweed, Creeping chaffweed, Khaki weed, Hung Teen Wu, Daun Kurma Merah, Kermak Merah, Kemerak Merah.
  • Tumbuhan rumpai yang mempunyai taburan meluas.Mudah dijaga dan tumbuh dengan cepat.
  • Mempunyai sifat anti-ulser.
  • Dimakan sebagai sayur terutama penduduk Sri Lanka, Bangladesh, IndoChina, Malaysia dan Indonesia.
  • Daun dan ranting muda yang masih lembut boleh digoreng bersama cili, sambal belacan, ikan bilis atau udang kering.
  • Juga mempunyai kegunaan perubatan yang lain sebagai ubat luaran dan dalaman.
  • Jika dimakan terlalu banyak menyebabkan rasa sejuk badan dan kerap buang air kecil.
Resepi Herba :

  • Untuk hidangan 4 orang, dari http://linaherbs.blogspot.my/2010/02/keremak-merah-hung-teen-wu.html
    • kamu perlu seikat Keremak Merah. 
    • Didih dengan 10 biji kurma madu atau 6 sudu besar gula merah dalam periuk besar yang separuh penuh. 
    • Minuman ini direneh selama 2 jam dengan api yang perlahan. 
    • Kemudian tuang ke dalam botol atau jag. 
    • Anda boleh simpan dalam peti ais bila sudah sejuk. 
Rujukan Herba:
  • Sayuran: Khasiat makanan dan ubatan (Ong Hean Chooi), Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd., 2007.
  • Indianetzone.com
  • Global Invasive Species Database
  • Phillippine Alternative Medicine

No comments: