Data Tumbuhan

Kaduk (Piper sarmentosum)

Kaduk
(Piper sarmentosum Roxb.)
PIPERACEAE
  • Turut dikenali dengan nama karuk, Wild Pepper Leaf, sirih tanah, kado-kado, gofu tofere.
  • Tumbuh liar menjalar di atas tanah dan memanjat pada sokongan.
  • Hidup subur di kawasan teduh dan lembap.
  • Mudah dibiakkan dengan keratan batang.
  • Daun kaduk seakan sireh tetapi mempunyai urat yang lebih jelas dan permukaan daun hijau gelap berkilat.
  • Tidak mempunyai bau sekuat sireh.
  • Mengeluarkan bunga di ketiak daun dengan tangkai panjang kira-kira 2 cm.
  • Buah bulat, kecil berwarna putih.
  • Kaduk biasanya dimakan segar sebagai ulam dan digunakan dalam masak lemak udang atau ketam oleh orang Melayu.
  • Di Thailand, kaduk digunakan untuk membalut makanan ringan mereka yang dikenali sebagai "miang kam".
  • Semua bahagian tumbuhan ini boleh digunakan dalam perubatan herba sama ada daun segar dan akar serta buah segar atau yang telah dikeringkan.
  • Kaduk digunakan mengikut dosnya untuk mengubati masalah susah kencing, asma, sakit perut, malaria, batuk, ngilu pada gigi, sengal tulang, panau dan juga menguruskan badan.

Rujukan Herba:

No comments: