Data Tumbuhan

Kaduk (Piper sarmentosum)

Kaduk
(Piper sarmentosum Roxb.)
PIPERACEAE

Potensi Herba dan Ulam-ulaman

Petikan dari Artikel:
Kerajaan galak rakyat menanam ulam-ulaman
http://berita.perak.gov.my/Disember/ulam.jpg

ORANG Melayu amat gemar ulam-ulaman semasa makan nasi. Jika tiada ulam-ulaman ianya seolah-olah tidak sempurna hidangan pada hari tersebut. Terdapat pelbagai jenis ulam pembuka selera seperti jering, petai, pucuk pasuk, pegaga, daun putat, ulam raja dan sebagainya.

Ulam-ulaman biasanya banyak terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam atau tumbuh sendiri di hutan-hutan yang berhampiran. Apabila pembangunan rancak dilaksanakan, banyak kawasan hutan diteroka sekali gus menyebabkan ulam-ulaman turut pupus. Berikutan itu, ulam-ulaman sukar diperolehi di kampung-kampung dan pasar-pasar termasuk pasar tani.

Baru-baru ini, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali menyarankan petani-petani dan penduduk kampung termasuk Pertubuhan Peladang Negeri Perak (PPNP) mengambil inisiatif menanam ulam-ulaman seberapa banyak di persekitaran kampung.

Beliau juga meminta PPNP mempelopori usaha menanam ulam-ulaman di atas tanah milik mereka. Sehubungan dengan itu, Menteri Besar mencadangkan kepada PPNP supaya mencari tanah yang mempunyai keluasan 4-8 hektar untuk ditanam dengan ulam-ulaman bagi menjamin bekalannya tidak terjejas termasuk ke bandar-bandar besar seperti Ipoh.

“Kita mahu ulam-ulaman terus menjadi hidangan berterusan tidak saja pada kita tetapi kepada generasi akan datang,’’ katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan PPNP ke-24 di Ipoh.

Katanya, pada masa ini ulam-ulaman seperti bunga kantan sukar diperolehi kerana bekalannya amat terhad. Ini termasuk ulam-ulaman untuk nasi ulam.

Selain itu, Menteri Besar juga meminta PPNP membuka ladang herba di sekitar Ipoh. “Saya yakin PPNP boleh melaksanakannya. Saya bersetuju memberi sedikit peruntukan bagi menjayakan projek tanaman ulam-ulaman,” ujarnya.

Beliau memberitahu, Kerajaan Negeri telah melakukan beberapa reformasi dalam melaksanakan projek-projek pertanian dengan mengubah corak pertanian yang berskala kecil dan tidak ekonomik kepada berskala besar.

“Berasaskan model tersebut Kerajaan Negeri telah memperkenalkan tiga konsep ladang iaitu Ladang Rakyat, Ladang Perwira dan Ladang Peladang,’’ tambahnya.

Katanya, tanah-tanah yang dianugerah kepada mana-mana individu akan dicantumkan supaya menjadi sebuah ladang yang besar dan diuruskan secara sistematik supaya kos pengeluaran dapat dikurangkan.

Beliau menegaskan perlunya para petani mengubah sikap dengan menerima perubahan yang positif supaya projek pertanian tidak hanya untuk sara diri tetapi bagi tujuan komersial.


Beberapa Jenis Ulam Tradisional Malaysia

JENIS YANG POPULAR
  • Buluh (rebung) - Bambusa sp.
  • Cekur manis - Sauropus androgynus
  • Jering - Pithecellobium jiringa
  • Kacang kelisa - Psophocarpus tetragonolobus
  • Kaduk - Piper sarmentosum
  • Kerdas - Pithecellobium bubalinum
  • Kesum - Polygonum minus
  • Nangka (buah muda) - Artocarpus integra
  • Paku (pucuk) - Athyrium esculentum
  • Pegaga - Centella asiatica
  • Petai - Parkia speciosa
  • Pisang (jantung) - Musa sapientum
  • Selom - Oenanthe javanica
  • Terung pipit - Solanum torvum
  • Ubi kayu (pucuk) - Manihot esculenta
  • Ulam raja - Cosmos caudatus

2. JENIS YANG KURANG TERKENAL
  • Beluntas - Pluchea indica
  • Betik (pucuk) - Carica papaya
  • Cekur - Kaempferia galanga
  • Gajus (pucuk) - Annacardium occidentale
  • Geli-geli - Lasia spinosa
  • Kelor (daun) - Moringa oleifera
  • Kemahang - Colocasia esculenta
  • Keman - Neptunia prostrata
  • Keremak - Alternanthera triandra
  • Mengkudu (pucuk) - Morinda citrifolia
  • Pina-pina - Pterococcus corniculatus
  • Putat (pucuk) - Barringtonia racemosa
  • Paku rawan - Limnocharis flava
  • Salang - Claoxylon longifolium
  • Setang - Melia excelsa
  • Tapak itik - Marsilis minuta

Sembung


Sembung/ Capa
(Blumea balsamifera)
COMPOSITAE/ ASTERACEAE
  • Digunakan secara tradisional selepas bersalin atau melahirkan anak.
  • Daunnya digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan di dalam air mandian wanita selepas bersalin dan bayi untuk menghilangkan bau badan.
  • Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut.
  • Daun sembung dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu.
  • Akar muda pokok ini digunakan untuk merawat luka dalaman.
  • Akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang.
  • Di negara lain di Asia Tenggara seperti Filipina, daun sembung juga digunakan untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang.
  • Pokok sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi.

Rujukan Herba:

Sireh (Piper betle)


Sireh
(Piper betle)
PIPERACEAE
  • Pokok menjalar yang penting dalam budaya dan istiadat orang Melayu.
  • Memerlukan tumbuhan lain sebagai sokongan.
  • Hidup dengan baik di kawasan yang lembap.
  • Daunnya berwarna hijau bersinar dan licin.
  • Orang kampung dahulu suka memakan daun sireh yang dicampurkan dengan kepingan buah pinang, gambir dan kapur.
  • Daun sireh juga mempunyai pelbagai kegunaan di dalam perubatan masa kini dan perubatan tradisional.
  • Ia telah mula dikomersialkan sebagai produk kecantikan terutama untuk kegunaan wanita.
  • Jika hidung berdarah, gulungkan daun sireh dan letak di dalam lubang hidung yang berdarah untuk menghentikan pendarahan. Kepala haruslah didongakkan.
  • Terdapat pelbagai jenis sireh yang biasa digunakan masyarakat Malaysia. Rujuk link Perpustakaan Negara dibawah.
Rujukan Herba:

Ulam Raja


Ulam Raja
(Cosmos caudatus)
ASTERACEAE
  • Juga dikenali sebagai 'pelampung', 'King Salad' dan 'intan berayun'.
  • Membiak dengan menggunakan biji benih.
  • Daunnya mempunyai bau yang agak kuat apabila diramas.
  • Pucuk diambil sebagai ulam mentah dalam pemakanan harian.
  • Mengandungi vitamin A dan mineral kalsium yang penting untuk kesihatan tulang.
  • Direbus dan diminum sebagai ubat herba untuk mencuci darah, tonik otot, dan menguatkan tulang.

Rujukan Herba:

Keremak Merah (Alternanthera sessilis)

Keremak Merah
(Alternanthera sessilis)
AMARANTHACEAE