Data Tumbuhan

Star of Bethlehem (Laurentia longiflora)

Tangkal Ular/ Star of Bethlehem
(Laurentia longiflora)
CAMPANULACEAE
Sinonim : Isotoma longiflora, Hippobroma longiflora
  • Juga dikenali dengan nama Isotoma longiflora, Lidah Payau, Ki Tolod, Daun Tolod, Kendali, sangkobak, cantingan, kitombe, kuweung, bunga bintang, Star of Bethlehem (English), Dedalu Cina, Madam Fate.
  • Tumbuh liar di pinggir saluran air atau sungai, pematang sawah, sekitar pagar dan tempat-tempat lainnya yang lembab dan terbuka.
  • Ketinggian mencapai 60 cm dan bercabang dari pangkalnya.
  • Menghasilkan getah berwarna putih beracun yang akan merengsakan kulit apabila mana-mana bahagian tumbuhan ini dipatahkan.
  • Bunganya tegak, tunggal, keluar dari ketiak daun, bertangkai panjang, mahkota berbentuk bintang berwarna putih.
  • Manakala buahnya berupa buah kotak berbentuk lonceng, merunduk, merekah menjadi dua ruang, berbiji banyak.
  • Mudah membiak dengan menggunakan biji benih, keratan batang atau pecahan rumpun.
  • Digunakan untuk rawatan sakit gigi, asma, bronkitis, luka, dan kanser.
  • Seluruh bahagian tumbuhan boleh digunakan dalam perubatan mengikut dos yang betul.

Rujukan Herba:

1 comment:

rumputtaman6 said...

Wahhhh saya sebagai penggemar tanaman sangat takjub dgn tanaman yg unik itu.. Share trus ya boss buat pengetahuan tentang tumbuhan.. Trimakasih