Data Tumbuhan

Kecubung Putih (Datura metel)

Kecubung Putih
(Datura metel Linn.)
SOLANACEAE

  • Juga dikenali sebagai kecubung kampung, Datura alba, Datura fastuosa, Datura stramonium, Angel's Trumpet, Devil's Trumpet, Downy-thorn Apple, Zombie Cucumber.
  • Sejenis pokok herba renek yang dikenali sebagai tumbuhan beracun terutama kecubung putih kerana ia mengandungi sebatian alkoloid beladona.
  • Batang kecubung keras berkayu dan bercabang banyakdengan ketinggian lebih kurang 2 meter.
  • Kecubung dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang.
  • Tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
  • Bunga kecubung jenis ini berbentuk serombong yang besar dan berwarna putih.
  • Warnanya bunga kecubung lain yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih, ada juga yang berwarna kuning dan oren.
  • Buahnya pula berwarna coklat mempunyai duri-duri halus diluarnya.
  • Kandungan kimia dalam kecubung ialah hiosin, oksalik, lemak dan hyosiamin.
  • Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.
  • Kini kecubung banyak ditanam ebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik.
  • Kecubung biasa digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti angin pasang, asma, rheumatik, sakit pinggang dan bisul.

Amaran Keselamatan:
  • Semua bahagian tumbuhan ini beracun.
  • Elakkan membakar cantasan bahagian tumbuhan ini di tempat awam.
  • Keracunan hanya akan berlaku sekiranya termakan atau terhidu asap pembakaran bahagian tumbuhan ini dalam kuantiti besar.
  • Gejala-gelaja keracunan yang boleh dikesan termasuk kulit yang merah, sakit kepala, halusinasi, dan mungkin konvulsi (iaitu menggigil-gigil dan terkejang-kejang) serta juga keadaan koma.
  • Jika terdapat gejala keracunan kecubung selepas menggunakannya, terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.
Rujukan Herba:

No comments: