Data Tumbuhan

Daun Dewa (Gynura segetum)


Daun Dewa
(Gynura segetum Lour./ Gynura pseudochina)
COMPOSITAE/ ASTERACEAE
  • Juga dikenali sebagai beluntas cina, setawar barah atau samsit.
  • Herba yang tumbuh tegak dengan ketinggian mencapai 50cm.
  • Berbatang hijau dengan garis alur memanjang.
  • Daunnya tunggal bertangkai pendek, berbulu di kedua-dua permukaan dengan bentuk bundar telur memanjang.
  • Warna daun lebih gelap di permukaan sebelah atas.
  • Mempunyai bunga berbentuk bonggol yang terletak di hujung tangkai, berwarna kuning.
  • Menghasilkan ubi yang mempunyai bentuk tidak teratur di pangkal batang.
  • Dibiakkan dengan menggunakan pecahan rumpun atau umbi.
  • Tumbuh dengan baik di dataran rendah dan tanah yang bersaliran baik.
  • Seluruh tanaman boleh digunakan untuk rawatan herba.
  • Antara penyakit yang boleh dirawat menggunakan daun dewa ialah sakit jantung, kanser, batuk darah, tidak datang haid, ketuat, pembengkakan payudara, luka, infeksi kerongkong, digigit binatang berbisa.

Rujukan Herba:

No comments: