Data Tumbuhan

Temulawak (Curcuma xanthorrhiza)

Temulawak
(Curcuma xanthorrhiza Roxb.)
ZINGIBERACEAE


  • Tumbuhan sekeluarga dengan kunyit , temu dan halia.
  • Dikenali sebagai False Tumeric, temu lawak tommo, korbanga, temu labak, koneng gede.
  • Ketinggian mencapai 2.5m.
  • Mempunyai daun yang berjalur merah hati diatas sperti jenis temu yang lain.
  • Membiak dengan baik di tanah yang lembab, redup tetapi tidak bertakung air.
  • Rizom atau rimpangnya berwarna seakan kunyit makan (Curcuma longa) tetapi lebih besar.
  • Mengeluarkan bau yang kuat dan rasanya pahit.
  • Bunga temulawak berwarna putih kemerahan atau kuning.
  • Rizomnya digunakan secara tradisional dalam bentuk kering atau segar sebagai ubat herba untuk merawat masalah sembelit, cacar air, sariawan, asma, bisa-bisa sendi dan tulang (arthritis dan reumatik) dan sakit limpa, hepatitis.
  • Ia turut digunakan untuk mengatasi masalah bau badan dan bau haid.
  • Temulawak juga dilaporkan membantu merawat masalah jerawat dan pengambilannya secara konsisten dalam dos yang betul dapat menambah selera makan terutama bagi penderita Anoreksia primer

Rujukan Herba:

2 comments:

Osman said...

Adakah "TemuLawak" berbuah warna biru? sbb ada org kata ianya ada..

Seperti post di " Jerangau " ..
Kawan saya sedang mencari " Jerangau Merah " Dan " Temulawak Berbuah Biru " .. untuk buat ubat penyakit ayah dia yg terkena sawan babi dan sawan mayat.. bole reply secepat mungkin. terima kasih..

Seri Subuh Agrofarm said...

Mohon maaf tuan. Kami tidak mempunyai kedua2 jenis tumbuhan yang diperlukan.