Data Tumbuhan

Patawali (Tinospora crispa)


Patawali
(Tinospora crispa Miers.)
MENISPERMACEAE
  • Juga dikenali sebagai Brotowali, Batang Wali, Akar Seruntun, Putarwali, Andawali, Guduchi atau Heartleaf Moonseed.
  • Herba yang berbatang separa kayu dan berbintil-bintil.
  • Hidup menjalar dan memanjat.
  • Batangnya berkulit nipis dan mengeluarkan getah putih berlendir dan berasa pahit.
  • Daun bersifat ringkas, nipis, lembut, berbentuk hati dan tersusun secara berselang.
  • Hidup dengan baik di tempat redup dan tidak bertakung air.
  • Batang patawali digunakan untuk merawat masalah kecacingan manakala daunnya digunakan untuk mengubati penyakit siflis.
  • Air seduhan keseluruhan batang dan daunnya digunakan untuk merawat cholera, kencing manis, sakit perut, darah tinggi, jaundis dan penyakit kelamin seperti gonorhea.
  • Daunnya digunakan untuk mengubati penyakit siflis.
  • Patawali juga digunakan secara luaran untuk merawat kudis buta dan luka.
  • Pengamalan air rebusan patawali secara berterusan dapat mengelak daripada gigitan nyamuk dan menghalang jangkitan penyakit malaria.
  • Biasanya batang patawali dituai pada musim panas dan dikeringkan sebelum digunakan.
Rujukan Herba:

2 comments:

theBluesman said...

please advise me on the use of this particular herb, thanks.

theBluesman said...

i forgot to read the rest sorry but do you sell this?