Data Tumbuhan

Nilam (Pogostemon cablin)

Nilam/Patchouli
(Pogostemon cablin)
LAMIACEAE


  • Tumbuhan herba renek dari keluarga yang sama dengan pudina dan ati-ati merah.
  • Mempunyai bunga berwarna putih namun dikatakan tidak pernah berbunga di Malaysia.
  • Ditanam secara komersial untuk menghasilkan minyak pati (patchouli oil) yang digunakan dalam industri pewangi.
  • Masyarakat dahulu menggunakan nilam untuk mewangikan pakaian apabila dicampur dan diramas ketika pakaian dibasuh.
  • Aroma minyak nilam bersifat menenangkan.
  • Nilam juga digunakan untuk merawat asma, sakit tekak, batuk dan demam.

Rujukan Herba:

No comments: