Data Tumbuhan

Jarum Tujuh Bilah - Ungu


Jarum Tujuh Bilah (Bunga Ungu)
(Pereskia bleo)
CACTACEAE

  • Juga dikenali sebagai duri bintang tujuh.
  • Terdapat lebih 15-20 spesies Pereskia dengan variasi warna bunga.
  • Dikenali sebagai jarum tujuh bilah kerana duri yang terdapat disepanjang batangnya.
  • Mudah untuk dibiakkan dan tahan lasak.
  • Mempunyai duri yang lebih panjang dan daun yang tebal.
  • Lendir yang terdapat pada daunnya boleh disapukan pada kulit yang terluka.
  • Pucuk muda bagi jarum tujuh bilah berbunga oren diamalkan sebagai ulam dengan kadar 1-2 helai pucuk muda setiap pagi.
  • Amalan ini dikatakan mampu mengurangkan risiko menghidapi kanser.
  • Banyak kajian yang telah dibuat untuk mengetahui khasiat dan keberkesanan tumbuhan ini dalam merawat kanser.
  • Bahaya untuk kanak-kanak kerana durinya yang tajam.

No comments: