Data Tumbuhan

Belimbing Buluh


Belimbing buluh
(Averrhoa bilimbi L.)
OXALIDACEAE
  • Juga dikenali sebagai belimbing asam.
  • Mengandungi vitamin A dan C.
  • Hidup dengan baik di tanah yang tidak menakung air dan kawasan yang tidak mempunyai musim kemarau berpanjangan.
  • Dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
  • Buah belimbing buluh dimakan mentah, dibuat sambal, acar, jeruk, kari dan sirap.
  • Ia juga boleh diperam dengan garam dan digunakan sebagai perencah masakan atau dibuat minuman.
  • Selain digunakan dalam masakan, buahnya turut digunakan sebagai pembersih kuku, pencuci logam dan pencuci domestik yang menanggalkan kekotoran.
  • Buah belimbing buluh digunakan secara tradisional untuk merawat darah tinggi, sakit gigi, batuk teruk, jerawat, panau dan lain-lain.
  • Bunga belimbing buluh digunakan untuk merawat sariawan dan batuk pada kanak-kanak manakala daunnya digunakan untuk merawat reumatik.

Rujukan Herba:

No comments: