Data Tumbuhan

Temu Kunci (Kaempferia pandurata)

Temu Kunci/ Fingerroot
(Boesenbergia rotunda)
ZINGIBERACEAE
  • Juga dikenali sebagai Kaempferia pandurata, Boesenbergia pandurata, Fingerroot, Chinese Ginger, Krachai (Thailand).
  • Herba yang tumbuh rendah seperti cekur.
  • Rizom kekuningan berbentuk seakan-akan jari.
  • Batangnya merupakan batang asli di dalam tanah sebagai rimpang, berwarna kuning coklat, aromatik, menebal.
  • Daun bawah berupa pelepah daun berwarna merah tanpa helaian daun.
  • Tumbuh dengan baik pada iklim panas dan lembab pada tanah yang relatif subur dengan pertukaran udara dan pengaliran air yang baik.
  • Pertumbuhan rizom terganggu atau cepat busuk jika ditanam di tanah yang sering digenangi air.
  • Rizom dituai selepas setahun penanaman.
  • Secara umum, rizom temu kunci digunakan di Indonesia, Thailand dan Malaysia serta masyarakat Asia sebagai peluruh kahak, peluruh kentut, penambah nafsu makan, menyembuhkan sariawan, dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Rujukan Herba:

No comments: