Data Tumbuhan

Pokok Bunga Sundal Malam (Polianthes tuberosa)

Bunga Sundal Malam
(Polianthes tuberosa)
AGAVACEAE

  • Juga dikenali sebagai Ratkirani (India), Tuberose, Mistress of the Night.
  • Berasal daripada Amerika Tengah.
  • Jenis pokok berumpun seperti spider lily atau bunga bakung.
  • Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifat yang berbeza.
  • Sama seperti bunga melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal sehingga ia kering dan layu.
  • Sesetengah ahli botani mengkelaskan tumbuhan ini sebagai tumbuhan semusim (annual) manakala yang lainnya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials).
  • Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun.
  • Membiak dengan ubi atau bebawang.
  • Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan.
  • Memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.

Rujukan Herba:

No comments: