Data Tumbuhan

Misai Kucing (Orthosiphon aristratus)


Misai Kucing/ Cat's Whiskers
(Orthosiphon aristratus)
LABIATAE/ LAMIACEAE

Jenis ungu :

  • Juga dikenali sebagai Orthosiphon stamineus.
  • Terdapat dua jenis varieti dengan warna bunga berbeza iaitu putih dan ungu.
  • Daunnya yang dikomersialkan sebagai bahan utama teh herba mengandungi ortosifonim, garam kalium, saponin dan tanin.
  • Daun misai kucing digunakan bersama daun hempedu bumi untuk melawaskan buang air kecil (bersifat diuretik), rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.
  • Juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita dan turut digunakan sebagai bahan antialergi.
  • Herba renek sesuai dijadikan tanaman lanskap kerana bunganya yang cantik.

Rujukan Herba:

No comments: