Data Tumbuhan

Geroda / Inggu


Geroda / Inggu
(Ruta angustifolia (L.) Pers.)
RUTACEAE
  • Juga dikenali dengan nama minggu, godong minggu, haruda, daun garuda, aruda, anruda busu, Herb of Grace, Egyptian Rue.
  • Tumbuhan semak yang boleh tumbuh setinggi 1 1/2 m.
  • Batang berkayu dengan daun majmuk.
  • Dibiakkan dengan menggunakan keratan batang.
  • Biasa digunakan oleh masyarakat dahulu dengan meletakkan daunnya di bawah bantal bagi bayi yang mengalami sawan tangis.
  • Daunnya yang mengeluarkan bau busuk dipercayai dapat menghalau syaitan.
  • Melalui kajian, herba ini bersifat anti-kejang, analgesik, anti-radang, anti-toksik, karminatif, anti-piretik, dan beracun.
  • Dos yang berlebihan akan menimbulkan simptom keracunan.
  • Penggunaan untuk dimakan adalah dilarang bagi wanita hamil.
  • Digunakan untuk merawat malaria, masalah hati, kekejangan, kudis, sakit gigi, demam dan masuk angin.
  • Minyak pati herba ini digunakan dalam pembuatan minyak wangi dan kosmetik.

Rujukan Herba:

No comments: