Data Tumbuhan

Pokok Bunga Sundal Malam (Polianthes tuberosa)

Bunga Sundal Malam
(Polianthes tuberosa)
AGAVACEAE

Temu Kunci (Kaempferia pandurata)

Temu Kunci/ Fingerroot
(Boesenbergia rotunda)
ZINGIBERACEAE

Geroda / Inggu


Geroda / Inggu
(Ruta angustifolia (L.) Pers.)
RUTACEAE
  • Juga dikenali dengan nama minggu, godong minggu, haruda, daun garuda, aruda, anruda busu, Herb of Grace, Egyptian Rue.
  • Tumbuhan semak yang boleh tumbuh setinggi 1 1/2 m.
  • Batang berkayu dengan daun majmuk.
  • Dibiakkan dengan menggunakan keratan batang.
  • Biasa digunakan oleh masyarakat dahulu dengan meletakkan daunnya di bawah bantal bagi bayi yang mengalami sawan tangis.
  • Daunnya yang mengeluarkan bau busuk dipercayai dapat menghalau syaitan.
  • Melalui kajian, herba ini bersifat anti-kejang, analgesik, anti-radang, anti-toksik, karminatif, anti-piretik, dan beracun.
  • Dos yang berlebihan akan menimbulkan simptom keracunan.
  • Penggunaan untuk dimakan adalah dilarang bagi wanita hamil.
  • Digunakan untuk merawat malaria, masalah hati, kekejangan, kudis, sakit gigi, demam dan masuk angin.
  • Minyak pati herba ini digunakan dalam pembuatan minyak wangi dan kosmetik.

Rujukan Herba:

Misai Kucing (Orthosiphon aristratus)


Misai Kucing/ Cat's Whiskers
(Orthosiphon aristratus)
LABIATAE/ LAMIACEAE

Jenis ungu :

Keladi Tikus


Keladi Tikus/ Rodent Tuber
(Typhonium flagelliforme)
ARACEAE
  • Sejenis keladi yang mempunyai ketinggian antara 20-30cm.
  • Mempunyai bunga berwarna kuning dan berekor panjang seperti ekor tikus.
  • Hidup dengan baik di tempat yang lembab tetapi tidak menakung air.
  • Dikomersialkan sebagai kapsul untuk merawat kanser payudara.
  • Telah dikembangkan oleh Prof Dr Chris KH Theo dari Universiti Sains Malaysia sejak 1995.
  • Terbukti dapat menghentikan dan membunuh sel barah, sekaligus bersifat antibarah dan antibakteria.
Rujukan Herba: